Tapir, Kucing Antara Haiwan Turut Kena Tempias Banjir! – Manis Madu
Tapir, Kucing Antara Haiwan Turut Kena Tempias Banjir!

Tapir, Kucing Antara Haiwan Turut Kena Tempias Banjir!

Fenomena banjir yang berlaku di seluruh negara ketika ini bukan sahaja menjejaskan ribuan penduduk, malah turut menjejaskan habitat haiwan liar.

 

Menerusi satu klip video yang tular di laman sosial sejak semalam, kelibat dua ekor tapir dipercayai turut menjadi ‘mangsa’ banjir di kesan di sebuah taman perumahan.

 

Lebih menyedihkan, kedua-dua haiwan itu kelihatan ‘hilang arah’ apabila melihat keadaan kawasan terbabit dikelilingi air.

Menerusi rakaman berdurasi 26 saat itu juga, kelihatan tapir berkenaan cuba mencari kawasan selamat dan makanan kerana mungkin habitat asal haiwan itu turut terjejas dengan kejadian banjir.

 

Difahamkan klip video tersebut dirakam di sebuah taman perumahan di Kuantan, namun tidak dapat dipastikan tarikh sebenar ia dirakam.

 

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial mahu kedua-dua haiwan itu ditangkap segera dan meminta pihak berkaitan memindahkan haiwan itu di habitat yang selamat.

 

“Mohon pihak Perhiltan segera menjejaki dan menangkap haiwan ini supaya kedua-duanya dapat dipindahkan ke kawasan selamat dengan segera,”tulis Maarof Selamat.

 

“Kesian haiwan juga turut menjadi mangsa, bertabahlah semua yang terlibat dengan banjir pada tahun ini,”kata Naim Asraf.

 

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Muhammad Zulkifli Omar.

 

“Alahai kesiannya, dua beranak tu, tentunya kelaparan, kesejukan, keletihan dan tak tau mana arah nak dituju.

 

Selain tapir, kucing dan anjing juga merupakan antara haiwan yang terkena tempias bencana banjir ini. Sebilangan daripada mereka malangnya tidak dapat diselamatkan.

Menurut komen netizen, jika berlaku bencana seperti ini seeloknya haiwan peliharaan di dalam sangkar dilepaskan kerana mereka mempunyai kemampuan untuk mencari perlindungan sendiri.

Post a Comment