“I Am Really A Ghost, I’m Coming…” Wanita Perdaya Scammer Guna Bahasa Mandarin, Ending Memang Tak Terduga! – Manis Madu
“I Am Really A Ghost, I’m Coming…” Wanita Perdaya Scammer Guna Bahasa Mandarin, Ending Memang Tak Terduga!

“I Am Really A Ghost, I’m Coming…” Wanita Perdaya Scammer Guna Bahasa Mandarin, Ending Memang Tak Terduga!

Seringkali dilihat di laman sosial mengenai aktiviti scam yang dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab. Namun, seiring dengan perubahan teknologi, kesedaran mengenai masalah ini juga semakin meningkat dari hari ke hari.

 

Ini sekaligus membolehkan pengguna mengelakkan diri ditipu dan mengalami kerugian besar gara-gara ditipu scammer atas talian.

 

Baru-baru ini, satu hantaran di TikTok menarik perhatian warganet menunjukkan seorang wanita yang ‘melayan’ satu panggilan telefon dipercayai daripada seorang scammer.

Lebih menarik dan rare adalah kerana wanita berkenaan menggunakan bahasa Mandarin untuk berkomunikasi dengan pemanggil yang juga menggunakan bahasa yang sama!

@aanurul23 Since Halloween is coming…… enjoy my scamming the scammer. Again. #scammingthescammers ♬ original sound – Nurul Aini

Wanita dikenali sebagai Nurul Aini ini juga memperkenalkan dirinya sebagai ‘Chen-De-Gui’ (a real ghost) ketika diminta memberikan nama.

 

Difahamkan, wanita tersebut mendapat panggilan kononnya daripada ICA (Immigration & Checkpoints Authority) mengatakan ada beberapa masalah berkaitan passport dan dia juga dikatakan terlibat dengan beberapa aktiviti haram sehingga passport dan nombor telefonnya akan dibatalkan.

 

Setelah berpura-pura panik dan resah tentang masalah palsu seperti diceritakan scammer terbabit, wanita itu dengan sengaja menukar tone suaranya untuk menakut-nakutkan si pemanggil.

 

“I didn’t do that thing. You said…what thing? That I use my phone number? How? I did not…I really did not. I am a ghost. I am really a ghost (Chen de gui). I AM COMING… I am coming to find you,” usik wanita tersebut sebelum scammer berkenaan terus memutskan panggilan.

 

Rata-rata netizen terhibur melihat wanita tersebut berjaya mengenakan scammer berkenaan dengan bahasa Mandarin!

 

“OMG, salute you for your usage of another language. Well done sis!”

 

“CHEN DE GUI!!! This is so hilarious! The last part hit right!”

 

“You’re so hilarious! Love how you speak in Mandarin,”

 

Video tersebut telah mendapat sebanyak 536.8k tontonan, 24.8k tanda suka serta 781 komen di laman TikTok.

Post a Comment