Ibu ‘Mickey Mouse’ Berteduh Dari Hujan Dengan Anak, Undang Sedih Netizen – Manis Madu
Ibu ‘Mickey Mouse’ Berteduh Dari Hujan Bersama Anak_Blur

Ibu ‘Mickey Mouse’ Berteduh Dari Hujan Dengan Anak, Undang Sedih Netizen

Video menyentuh hati seorang ibu memakai kostum watak kartun Mickey Mouse sambil makan bersama dua anaknya menjadi tular di media sosial dengan ramai warganet sayu melihat aksi mereka anak-beranak, lapor laman berita Suara.com.

 

Dalam video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok itu, wanita berkenaan yang dikatakan mencari rezeki dengan memakai kostum Mickey Mouse sedang berteduh daripada hujan bersama dua anaknya.

Dia menyuap anak-anaknya makan dengan salah seorang daripada mereka dipangku di atas ribanya. Anak-anaknya turut kelihatan kesejukan kerana terkena tempias hujan.

 

“Terlihat mereka berteduh daripada hujan. Seorang ibu ‘badut’ dan dua anak yang kesejukan sambil memakan nasi yang diberikan orang lain.

 

“Di saat orang lain mahu berehat, ibu ini bekerja. Tolong lindungi mereka ya Allah,” tulis keterangan pada video tersebut.

 

Sementara itu, dalam satu video yang lain, kelihatan seorang wanita memberikan makanan ringan dan aiskrim buat kedua-dua kanak-kanak tersebut.

“Apabila melihat ibu tersebut bersama dua anak kecil yang berteduh daripada hujan, saya terfikir ingin membelikan anak-anaknya makanan ringan dan mereka tersenyum gembira,” tulis wanita tersebut.

 

Video yang dimuat naik itu menjadi tular dengan ramai warganet meluahkan rasa simpati dan sayu mereka melihat situasi tersebut.

 

Hantaran tersebut mendapat 222k tontonan dan 24.6k tanda suka serta dipenuhi dengan komen-komen daripada warganet.

Post a Comment