Ibu Muda Berusia 29 Tahun Tergamak Bunuh Anak Sendiri! – Manis Madu
Ibu Muda Berusia 29 Tahun Tergamak Bunuh Anak Sendiri

Ibu Muda Berusia 29 Tahun Tergamak Bunuh Anak Sendiri!

Seorang ibu muda di Ohio, Amerika Syarikat dilaporkan bertindak kejam dengan membunuh anak lelakinya dengan melanggar mangsa sehingga mati.

 

Bukan itu sahaja, malah Brittany Gosney, 29, tergamak membuang mayat kanak-kanak itu di sungai bagi menutup perbuatan kejinya itu.

 

Dia juga tidak segan silu membuat laporan palsu tentang anak lelakinya, James Robert Hutchinson, 6, yang dikatakannya hilang. Namun pihak berkuasa mendapati keterangan awal wanita itu ada perkara yang mencurigakan.

ibu muda membunuh anaknya

Sumber gambar: hmetro.com.my

Gosney kemudian disoal siasat sebelum akhirnya mengakui membunuh anaknya sendiri

 

Jabatan Polis Middletown berkata, James dibunuh di Preble County sebelum mayatnya di bawa ke rumah mereka di Middletown dan dibuang ke Sungai Ohio, selepas itu.

 

Rekod mahkamah mencatatkan, tertuduh mengaku memandu ke kawasan hutan dengan niat meninggalkan James di situ dan bertindak melanggarnya ketika James cuba kembali ke kereta.

 

“Dia meletakkan mayat anaknya dalam kereta dan memandu pulang ke rumah mereka. Dia kemudian menyimpan mayat itu di bilik tidur di tingkat atas rumahnya,” katanya.

Post a Comment