Sorok Pistol Dalam Kemaluan, Suspek Kes Dadah Kantoi! – Manis Madu

Sorok Pistol Dalam Kemaluan, Suspek Kes Dadah Kantoi!

Seorang kakitangan penjara menemui sepucuk pistol kecil yang dilaporkan disorok dalam kemaluan seorang suspek kes dadah.

Amy Whilhite, 39, pada mulanya berjaya ‘menyeludup’ senjata berkenaan di dalam farajnya ketika dia disumbat ke penjara Boone County, Missouri pada Hari Valentine.

 

Pada mulanya, kakitangan penjara telah melakukan pemeriksaan terhadap Wilhite namun gagal mengesan sebarang senjata.

 

Dikatakan, pada hari ke-17 suspek wanita tersebut ditahan, pistol kecil yang boleh memuatkan lima butir peluru itu akhirnya ditemui setelah pemeriksaan secara menyeluruh dilakukan.

 

Wilhite dipercayai mengeluarkan senjata itu dari tubuhnya dan menyembunyikannya di tempat lain setelah berjaya mengelak daripada pemeriksaan ketika ditahan di penjara.

 

Penemuan senjata api itu telah menyebabkan wanita tersebut berdepan dengan satu lagi dakwaan tambahan. Tak pasal-pasal bertambah dakwaan yang dikenakan pada dirinya.

Sumber Featured  Image: metro.co.uk

Post a Comment