Ika Nabella Tegur Individu ‘Body Shaming’ Siti Bainun, Netizen Bidas Timing Tak Kena Tempat! – Manis Madu
Ika Nabella Tegur Individu ‘Body Shaming’ Siti Bainun, Netizen Bidas Timing Tak Kena Tempat!

Ika Nabella Tegur Individu ‘Body Shaming’ Siti Bainun, Netizen Bidas Timing Tak Kena Tempat!

Pelakon, Ika Nabella baru-baru ini tampil membuat satu hantaran di Instagram kerana berasa kurang selesa dengan segelintir netizen meluahkan rasa marah dengan mempermainkan saiz badan pengasas Rumah Bonda iaitu Siti Bainun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ika Nabella (@ikanabella)

Sedia maklum, ketika ini boleh dikatakan hampir 1 Malaysia berasa geram apabila mendapat tahu perbuatan yang dilakukan oleh Siti Bainun kepada seorang remaja Sindrom Down, Bella.

 

Bagaimanapun, Ika merasakan tidak mengapa jika ingin berasa marah kepada perbuatan kejamnya, tetapi janganlah mengaitkan dengan saiz badan wanita terbabit.

 

Dalam pada itu, Ika sempat berkongsikan kisah dirinya pernah mengenali seseorang yang mempunyai dua personaliti berbeza ketika zaman persekolahan, apabila dia mendapati individu terbabit melayan dua kelompok orang dengan berbeza.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ika Nabella (@ikanabella)

Namun, tindakannya meluahkan pandangan seperti itu telah membuatkan ramai netizen ‘menghentamnya’ dan merasakan timing pelakon itu mahu menegur netizen tidak sesuai, memandangkan kes berkenaan tengah ‘panas’.

 

Sedar dirinya dikecam ramai, Ika menegaskan bahawa beliau tidak berpihak kepada Siti Bainun, namun hanya mahu menegur segelintir pihak yang dianggap hina ciptaan Allah S.W.T.

Post a Comment