Ikuti Trend Baru! Cabaran Kuarantin Pakai Bantal di Instagram!
Maduners dah penat dengan rutin yang sama sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini? Rutin bangun tidur, makan, tonton Netflix?
Jangan risau, Maduners boleh ikut cabaran baru yang tengah panas di Instagram sekarang iaitu cabaran kuarantin ‘pakai bantal’ ataupun lebih dikenali sebagai #QuarantinePillowChallenge.
Siapa saja tak suka ikut trend baru, daripada cabaran kopi Dalgona hingga cabaran tarian di TikTok, sudah tiba masanya Maduners cuba cabaran kuarantin ‘pakai bantal’ ini.
Sumber Gambar: Instagram
Cabaran ini bermula apabila instafamous seperti @stylebynelli dan @myforteisfashion di Instagram memuat naik gambar mereka bergaya menggunakan bantal dan menggelar perkara tersebut sebagai #QuarantinePillowChallenge.
Walaupun pada mulanya cabaran ini dilakukan menggunakan aksesori yang mahal tetapi Syaz rasa cabaran ini sangat sesuai untuk Maduners yang bosan dengan pakaian harian sewaktu PKP dan menjadi model untuk seketika dengan lakukan cabaran ini.
View this post on Instagram
Buat cabaran dengan suami dan anak-anak
Tidak kisahlah jenis bantal apa pun, pilihan di tangan Maduners jika hendak lakukan cabaran ini. Maduners juga boleh buat cabaran ini dengan suami dan anak-anak Maduners!
Cabaran kuarantin ‘pakai bantal’ ini kini popular di negara seperti Itali, Jerman, Rusia dan Iran.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
View this post on Instagram
View this post on Instagram
View this post on Instagram