Impak Hospital Playlist 2, Penderma Organ Meningkat 11 Kali Ganda Di Korea!
Harus kita akui, pada zaman ini drama Korea memberi pengaruh besar dalam hidup penggemarnya. Baik dari pengaruh makanan, fesyen, gaya hidup bahkan budaya Korea juga sedikit sebanyak mula diserap dalam kehidupan harian.
Perkara ini dikuatkan lagi dengan kadar jumlah penderma organ meningkat kerana pengaruh drama Korea, Hospital Playlist 2 yang sedang ditayangkan.
Tengok impak hospital playlist 2, organ donation pledgers naik sebab depa buat episode pasal organ donation.
Kita patut tiru korea buat cerita² bermanfaat, real stories that can make an impact. https://t.co/q0RIBTyTND
— Helmi-senpai ( ヘルミ先輩 ) | 🇲🇾 (@NerdKid_94) August 25, 2021
Difahamkan, terdapat episod dalam tayangan drama tersebut memaparkan tentang pendermaan organ.
Rata-rata penderma berkata, melalui tontonan Hospital Playlist 2, mereka dapat memahami bahawa pendermaan organ dapat membantu banyak jiwa serta memberi kesan kepada keluarga mereka.
Segelintir mereka juga berkata, “Saya membuat keputusan setelah menonton siri Hospital Playlist 2.”
Wah! Maduners nampak tak betapa besarnya pengaruh drama Korea hingga dapat menggerakkan penontonnya untuk menderma organ.
Hospital Playlist 2 mengisahkan tentang kehidupan doktor di Hospital Yulje dan bagaimana mereka berinteraksi dengan pesakit.
Episod ketiga memaparkan kisah dua ibu dengan anak yang sedang menunggu pemindahan jantung. Kemudian dalam episod tujuh, seorang lelaki memutuskan untuk menderma organ ibunya yang didiagnos dengan kematian otak.
Seminggu selepas episod tujuh disiarkan, seramai 7,042 orang di Korea mendaftar untuk menderma organ!
Difahamkan, rating Hospital Playlist 2 sedikit menurun pada episod 7 iaitu sebanyak 10.6% namun kembali meningkat terutamanya pada episod ke sembilan iaitu sebanyak 12.9%
Menurut Organisasi Organ Nasional dan Institut Pengurusan Darah, 16,231 orang mendaftar untuk menderma dari bulan Julai hingga awal Ogos.