Perlu Teliti Pilih Calon Suami, Lelaki Ini Kongsi Nasihat Tapi Dihamun Lelaki Lain – Manis Madu
Wanita Perlu Teliti Pilih Calon Suami, Lelaki Ini Kongsi Pandangan Dan Nasihat

Perlu Teliti Pilih Calon Suami, Lelaki Ini Kongsi Nasihat Tapi Dihamun Lelaki Lain

Mencari pasangan hidup yang baik bukan satu perkara yang boleh diambil mudah. Lebih-lebih lagi pada zaman sekarang, mencabar!

 

Bagi wanita, untuk mendapatkan pasangan yang terbaik, pelbagai aspek perlu diteliti dan dinilai kerana sosok seorang suami akan menjadi pemimpin dalam rumah tangga.

 

Ini berikutan sebuah posting yang tular di laman Twitter tentang perkongsian seorang lelaki yang memberi nasihat kepada para wanita supaya tidak salah memilih lelaki untuk dijadikan suami.

Melalui tangkap layar dikongsikan, lelaki yang dikenali sebagai Syafiq Yus menyatakan yang dia bersetuju dengan satu perkongsian yang mengatakan lelaki yang terjebak dengan ketagihan barang terlarang adalah tidak layak berkahwin.

 

“Lelaki yang hisap garam himalaya (kiasan kepada barang terlarang) ni tolong jangan kahwin sampai mati yee. Kasihan orang perempuan hidup bagaikan dalam neraka.

 

“Ada duit dihabiskan beli benda tu jer, tak fikir masa depan anak bini,” tulis seorang wanita.

 

Berdasarkan perkongsian tersebut, Syafiq menambah pandangan dan nasihatnya kepada para wanita tentang perkara tersebut.

 

Syafiq juga turut berkongsi maklum balas yang diterima oleh golongan lelaki apabila menyuarakan kebenaran di laman sosialnya.

 

Mengejutkan kerana ternyata lelaki tersebut menerima banyak maklum balas berbaur hinaan terhadap dia dan ahli keluarga, cacian serta ugutan hanya kerana berkongsi perkara tersebut.

bro-aq-taw-arh-follower-ko-banyak-awek-so-takyah-la-ko-nak-post-acah-poyo-bukak-mata-org-mcm-ko-bagus-sgt
mintak-padam-lah-bang-post-ni-sbb-tunang-sy-ada-follow-abg-768

Jelas Syafiq, tujuan perkongsian tersebut dibuat adalah kerana dia tidak mahu para wanita dianiaya dan diperlakukan dengan cara tidak sepatutnya.

banyak-sangat-gangster-yang-DM-saya

“Kenapa saya buat story macam ni? Sebab saya tak mampu sabar lihat banyak para isteri dan wanita dipukul, dimanipulasi golongan terbabit. Sampai ada yang lumpuh, pecah kepala dan sebagainya,” luahnya.

 

Madu harap perkongsian lelaki ini dapat membuka mata lebih ramai wanita di luar sana agar lebih berhati-hati memilih. Beringat sebelum kena!

Sumber: Syafiq Yus

Post a Comment