Individu Cuba Banding & Rendahkan Sushi Jalanan RM1 Dengan Sushi Restoran Jepun Dikecam Balik Oleh Netizen – Manis Madu
Individu Cuba Banding & Rendahkan Sushi Jalanan RM1 Dengan Sushi Restoran Jepun Dikecam Balik Oleh Netizen

Individu Cuba Banding & Rendahkan Sushi Jalanan RM1 Dengan Sushi Restoran Jepun Dikecam Balik Oleh Netizen

Seorang individu yang memuat naik hantaran yang mempersoalkan kesegaran sushi yang dijual di gerai tepi jalan dan pasar malam mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

 

Menurut individu itu, sushi yang dijual dengan harga RM1 itu jarang sekali ‘fresh’ dan rasanya juga tidak sedap untuk dimakan.

Rentetan daripada ‘kritikan’ itu, pelbagai reaksi dilontarkan netizen yang kebanyakannya tidak bersetuju dengan pendapat individu itu selain ada yang merasakan makanan dengan harga murah seperti itu tidak sepatutnya dibandingkan dengan sushi yang dijual di restoran Jepun dengan harga yang lebih mahal.

 

“Kena faham jugakk yang tak semua mampu nak beli sushi yang legit, plus resources pun limited, lagi-lagi di kawasan luar bandar. So, peniaga SME ni pun ambik la inisiatif untuk jadi kreatif, buat sushi pada harga berpatutan. kena la rasa mcm tu dengan RM1, RM2,”

 

“Kenapa sushi seringgit ni muncul kerana boleh dijual kepada mereka yang income rendah golongan B40, ataupun student yang ada limit belanja. Kalau duit banyak pandai-pandai la diorang nak beli apa,” 

 

Selain itu, terdapat juga netizen yang bersetuju dengan kenyataan individu tersebut.

 

“Memang tak sedap pun. Sushi kalau tak sejuk dah tak sedap. Takyah cerita pasal segar ke tak,”

 

“Dulu pernah beli sushi yang tepi jalan punya, saja la nak try. Nasi sushi bawah tu macam nasi impit je. Hahaha. Tukar nama jelah kakak oi nasi impit berlauk,”

 

Setiap orang ada cita rasa yang berbeza. Rasanya tak ada yang salah dengan kewujudan sushi RM1 selagi mana ada permintaan. Kalau berkemampuan, makan saja di restoran untuk menepati standard sushi yang sebenar. Benda boleh bincang guys, buat apa gaduh-gaduh?

Post a Comment