Kaut RM1.9 Juta Dengan Cara Menipu Hidap Kanser, Mahkamah Cuma Denda RM26? – Manis Madu
Kaut RM1.9 Juta Dengan Cara Menipu Hidap Kanser, Mahkamah Cuma Denda RM26_

Kaut RM1.9 Juta Dengan Cara Menipu Hidap Kanser, Mahkamah Cuma Denda RM26?

Tak sangka ya, di dunia ini ada orang yang sanggup mengaku sakit demi kaut keuntungan!

 

Ceritanya, seorang wanita dikenali sebagai Nicole Elkabbas perlu menjalani hukuman penjara selama dua tahun sembilan bulan selepas didapati bersalah kerana menipu dalam kes pengumpulan dana atas talian yang kononnya untuk membiayai rawatan kansernya.

NINTCHDBPICT000620901914

Wanita berkenaan dipercayai mengaut keuntungan berpuluh ribu pound hasil daripada derma orang ramai selepas mendakwa dirinya menghidap kanser dan hanya perlu membayar denda sebanyak £5 (RM26)!

 

Satu rayuan palsu melalui sebuah halaman mendakwa wanita itu perlu menjalani rawatan menyelamatkan nyawa gara-gara kanser ovari telah berjaya mengumpul lebih £52,000 (RM280,739).

 

Dia dilaporkan membelanjakan wang tunai yang diperoleh dengan menikmati percutian mewah di luar negara dan juga dihabiskan untuk berjudi.

 

Sejak penahanan Elkabbas, penyiasat kes mendedahkan dia berjaya mendapatkan wang terkumpul sebanyak £360,000 (RM1.9 juta) melalui eksploitasi jenayahnya.

 

Bagaimanapun, mahkamah menetapkan Elkabbas hanya perlu membayar £5 dalam tempoh 28 hari akan datang kerana tidak mempunyai aset atau apa-apa prospek realistik bagi membayar balik jumlah keseluruhan.

NINTCHDBPICT000620901914

Hakim Mark Weekes berkata, penipuan yang dilakukan adalah licik dan manipulatif.

 

Beliau turut menyifatkan tindakan Elkabbas sebagai satu penghinaan terhadap mereka yang benar-benar berjuang untuk melawan penyakit maut itu.

Post a Comment