Ingin Mudahkan Urusan Beli Hartanah ? UDA Property App Ada! – Manis Madu
UDA Property App_Option 2

Ingin Mudahkan Urusan Beli Hartanah ? UDA Property App Ada!

Bila bercakap tentang urusan jual beli hartanah, pasti terbayang betapa rumit prosesnya! Perlu tetapkan janji temu terlebih dahulu, berjumpa berkali-kali untuk selesaikan urusan berkaitan. Leceh!

 

Haaa, sekarang kan zaman teknologi, segalanya di hujung jari! Setiap perkara boleh jadi mudah dan senang dengan hanya satu klik.

 

UDA Property App adalah aplikasi yang dicipta untuk tujuan memudahkan urusan pelanggan kesayangan mereka dalam urusan pemilikan hartanah. Pelanggan hartanah sedia ada atau pelanggan baru, semua boleh menggunakan aplikasi ini.

UdaProperty_AdHoc [Dec]-04

Antara ciri-ciri boleh dinikmati dalam aplikasi ini adalah Walkthrough 360° pada projek sedia ada, Loan Calculator, Appointment Bookings, LiveChat, Soalan Lazim (FAQ) serta Noticeboard dengan kemaskini terkini tentang kempen UDA Property di seluruh negara!

 

Lebih menarik, ciri tambahan yang ada pada aplikasi ini adalah termasuk Reward dan Loyalty Program eksklusif untuk pelanggan setia UDA Property. Wow, siap boleh dapat reward!

UDAProperty_50th_DecCC_W2-03 (1)

Loyalty Program ini akan dipecahkan kepada 5 peringkat berbeza berdasarkan jumlah terkumpul pembelian hartanah, dan setiap peringkat sepadan dengan rebat royaltinya sendiri. 

 

Harus diingatkan, tidak kira samada pelanggan baharu atau lama, kedua-duanya boleh mendapat manfaat daripada kebanyakan cirinya namun bagi ciri tambahan adalah eksklusif untuk pelanggan lama UDA Property. 

 

Matlamat UDA Property juga adalah untuk menyediakan one-stop-centre yang boleh diakses dengan fungsi yang lebih praktikal serta memudahkan setiap pelanggan.

UDAProperty_UDAAPP (1)

Dari masa ke semasa, UDA Property akan menambah lebih banyak ciri ke dalam aplikasi untuk menjadikannya lebih menarik dan menjanjikan pengalaman pengguna yang lebih lancar.

 

Maduners jangan tunggu lagi, muat turun UDA Property App dan pastikan aplikasi itu dikemas kini pada setiap masa! Maduners boleh tekan link di bawah untuk muat turun:

 

 

Maduners juga boleh layari laman sesawang serta media sosial UDA Property untuk ketahui lebih lanjut!

 

Post a Comment