‘Ini Bukan Pen, Ini Tuhan Saya’ Gadis Berbangsa Cina Jawab Fungsi Barang Digantung Pada Kolar Baju – Manis Madu
‘Ini Bukan Pen, Ini Tuhan Saya’ Gadis Berbangsa Cina Jawab Fungsi Barang Digantung Pada Kolar Baju

‘Ini Bukan Pen, Ini Tuhan Saya’ Gadis Berbangsa Cina Jawab Fungsi Barang Digantung Pada Kolar Baju

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik dengan adanya masyarakat berbeza kaum dan setiap darinya mempunyai kepercayaan, agama serta berlainan budaya.

 

Seperti masyarakat berbangsa Cina, mereka mempunyai kepercayaan dan tradisi yang tersendiri sebagai tanda mereka patuh pada agama yang dianuti.

god 1 (1)

Menerusi perkongsian oleh Ah Leong di laman TikTok miliknya baru-baru ini, ada di antara pengikutnya bertanyakan soalan mengenai fungsi barang yang dianggap seperti pen yang digantung pada bahagian kolar baju oleh kebanyakan masyarakat Cina.

Menurutnya, apa yang mereka gantung di badan itu bukanlah pen tetapi adalah kalung yang menyimpan patung Tuhan mengikut kepercayaan mereka.

 

“Pen yang ada di kolar saya? Apalah kamu ini, malu saya ditanya seperti itu.

god 2 (1)

“Ini bukan pen, ini Tuhan saya. Itulah yang saya boleh bagi tahu,” katanya.

 

Jelasnya, Tuhan itu dapat melindungi dan merahmati setiap perjalanan mereka agar lebih dipermudahkan.

 

Sementara itu, rata-rata orang ramai turut memberi pelbagai reaksi di ruangan komen.

 

“Terima kasih bagi tahu, selama ini puas saya fikir, kenapa kawan Cina saya gantung pen di kolar baju mereka, senang nak guna untuk tulis mungkin,” kata Diana Natashah.

 

“Kawan saya ada pernah cerita, katanya gantung benda itu untuk lindungi diri dari sesuatu yang jahat,” kata Conan.

Post a Comment