Irama Mempersona Dendang Dari Artis Wanita, Lagu-Lagu Bertemakan Patriotik Yang Sentiasa Ever-Green – Manis Madu
Lagu-Lagu Bertemakan Patriotik Yang Sentiasa Ever-Green

Irama Mempersona Dendang Dari Artis Wanita, Lagu-Lagu Bertemakan Patriotik Yang Sentiasa Ever-Green

Wanita di sebalik lagu bertemakan semangat patriotisme yang bermakna dari dulu sampai sekarang!

Agak-agaknya, Maduners tahu tak yang lagu-lagu bertemakan semangat kenegaraan sebenarnya di sebalik lagu-lagu tersebut ada wanita-wanita yang hebat?

 

Ehhh, tunggu sekejap! Team Manis Madu baru sahaja menyiarkan episod terbaru #SembangBersamaMadu untuk Hari Merdeka tau, jom tengok sama-sama!

1. Datuk Khatijah Ibrahim – Malaysia Truly Asia

~You’ll love Malaysia, now and forever,

Different races everywhere,

The soul of Asia is surely here,

This beautiful Malaysia ~

Datuk Khatijah Ibrahim

Sumber Gambar: Facebook

Apabila dengar sahaja lagu Malaysia Truly Asia, confirm rasa nak bercuti! Datuk Khatijah Ibrahim merupakan penyanyi asal lagu ini, bersempena sambutan Citrawarna Malaysia tahun 2002. Lagu ini juga dikhaskan untuk mempromosi industri pelancongan Malaysia!

2. Aishah – Bahtera Merdeka

~Jiwa dan raga

Buktikanlah pada nusa bangsa

Supaya negara maju jaya

Aman Merdeka~

 

Madu tak tahu kenapa, tapi setiap kali dengar jer lagu ini, terus rasa sebak. Wan Aishah Wan Ariffin, atau lebih dikenali sebagai Aishah merupakan penyanyi yang sangat popular pada tahun 80 hingga 90-an.

3. Ella – Standing In The Eyes Of The World 

~Tiba masa kau melangkah gagah,

Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya

Engkau terunggul

Wajar “Standing in the Eyes of the World”~

 

Semestinya, lagu yang tak pernah lapuk dek zaman! Inilah antara lagu nyanyian ratu rock Ella yang mampu membuatkan Madu rasa sungguh bersemangat secara serta-merta! Kadang-kadang sedih pun ada juga, best sangat lirik lagu dan suara Ella sampai keliru dengan perasaan sendiri tau!

Sedap Sangat! Amerika Syarikat Pinjam Lagu Ella Untuk Sambutan 4 Julai

Seperti yang kita sedia maklum, Standing in the Eyes of the World merupakan  lagu tema Sukan Komanwel 1998!

4. Zee Avi – Arena Cahaya

~Lift your dreams way up high,

Lift your goals to the sky,

Restui mimpi yang sejati,

Di arena cahaya~

Zee-Avi

Sumber Gambar: www.npr.org

Tenang jer rasa apabila dengar lagu Arena Cahaya karya Zee Avi! Madu suka lagu Arena Cahaya ini kerana Zee Avi bermain dengan penggunaan Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris untuk menunjukkan tiada halangan untuk berkomunikasi dalam negara yang mempunyai pelbagai bangsa.

5. Mia Palencia – So Many Hands

~Bersama kita membina,

Bersama kita membara,

Bersama kita bersuara~

 

Wah, satu lagi lagu hebat karya Mia Palencia! Menurut Rojak Daily, So Many Hands merupakan antara lagu tema Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur pada tahun 2017. Hebat sungguh hasil ciptaan lagu Mia Palencia, bangganya!

Sudah terbukti bahawa industri seni negara juga kaya dengan wanita-wanita yang sungguh berbakat! Di sini Madu nak ucapkan Selamat Hari Merdeka yang ke-63 untuk negara tercinta, Malaysia! Semoga negara kita kekal aman dan harmoni selamanya.

Post a Comment