Isteri Ayie Floor88 Hampir Menangis Ngidam Nak Makan Kuih Raya Tengah Malam – Manis Madu
Isteri Ayie Floor88 Hampir Menangis Ngidam Nak Makan Kuih Raya Tengah Malam

Isteri Ayie Floor88 Hampir Menangis Ngidam Nak Makan Kuih Raya Tengah Malam

Hamil empat bulan, isteri kepada vokalis Floor88, Ayie iaitu Tasha Awie tiba-tiba mengidam teringin untuk menikmati kuih raya pada pukul 11 malam.

 

Menurut laporan, meskipun sukar mendapatkan kuih raya ketika bukan musim perayaan, Ayie atau nama sebenarnya Nik Fadlee Elhamshah, 25, berkata, dia terpaksa menggagahkan diri keluar mencari makanan itu di kedai serbaneka berhampiran.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tuan Nicky (@ayieelhamf88)

“Ceritanya pukul 11 malam tiba-tiba isteri saya nak makan kuih raya. Memang masak la kena mencari…tapi demi isteri dan anak dalam kandungan, saya gagahkan juga mencari kuih dan biskut raya.

 

“Saya singgah kedai serbaneka di stesen minyak, mencari-cari kalau ada yang jual kuih raya tapi tak ada. Syukur, akhirnya pakcik saya bantu dapatkan kuih-kuih itu dari Kajang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tasha Awie (@tashaawie)

“Alhamdulillah dapat empat jenis kuih tapi saya pun tak ingat nama biskut tu. Isteri pun senang hati dapat rasa setiap jenis tapi tak habis pun, dia makan sesuap sahaja,” katanya.

 

Sebelum itu, Tasha ada berkongsi keinginannya yang mahu menikmati kuih raya pada malam Selasa.

 

Meskipun ada pengikut yang membantunya mendapatkan akaun penjual, namun Tasha berkata dia tetap mahukan kuih dan biskut raya itu dengan segera.

 

“Sesiapa yang ada jual kuih raya mesej saya sekarang, saya teringin kuih raya pula. Nak kuih raya sekarang! Rasa nak nangis, kalau tak laki aku jadi mangsa,” tulis Tasha melalui InstaStory.

 

Untuk rekod, Ayie dan Tasha atau nama sebenarnya Nur Natasha Ahmad Nawawi, 23, berkahwin pada 21 Oktober tahun lalu.

Post a Comment