Isteri Datuk Seri Eizlan Yusof Selamat Bersalin, Sambut Kelahiran Anak Keempat Dengan Penuh Syukur – Manis Madu
Isteri Datuk Seri Eizlan Yusof Selamat Bersalin

Isteri Datuk Seri Eizlan Yusof Selamat Bersalin, Sambut Kelahiran Anak Keempat Dengan Penuh Syukur

Tahniah Madu ucapkan buat Datuk Seri Eizlan serta isteri, Datin Seri Natasha Rosa atas kelahiran cahaya mata baru! Natasha dilaporkan selamat bersalin di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor pada Selasa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @sashaboudville

Menerusi laman Instagram, Eizlan, 50, meluahkan rasa syukur dan memuat naik rakaman video sedang mendukung bayi pertama hasil perkahwinannya dengan Natasha.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Eizlan Yusof (@eizlanyusof)

“Alhamdulillah, yayang (nama panggilan isterinya) dan Baby ZR (gelaran untuk bayi mereka) berada dalam keadaan baik. Terima kasih atas doa dan ingatan baik buat kami sekeluarga,” tulisnya.

 

Dalam perkongsian itu, Eizlan bagaimanapun tidak menyatakan jantina bayi tersebut.

 

Sehubungan dengan itu, pelakon filem Town Mall ini menyatakan dia mengenakan baju yang sama semasa menyambut kelahiran tiga anaknya sebelum ini.

 

“Baju ini akan jadi kenangan kerana empat anak saya disambut bersamanya,” katanya.

 

Eizlan juga berkata, anak-anaknya yang lain teruja menerima kehadiran adik baru.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Eizlan Yusof (@eizlanyusof)

“Anak-anak yang lain memang suka ada adik. Mereka asyik tanya mamanya (Natasha) bila lagi mereka boleh dapat adik. Jadi mereka teruja apabila dapat tahu Tasha mengandung.

 

“Mereka pun tidak kisah sama ada akan dapat adik lelaki atau perempuan, asalkan bayi sihat serta selamat,” ujarnya.

 

Eizlan dan Natasha Rosa Boudville, 30, mendirikan rumah tangga di Putrajaya pada 12 Disember 2019.

 

Untuk rekod, ini merupakan anak keempat Eizlan, tiga daripadanya hasil perkahwinan sebelum ini iaitu Vie Zaara, 13, Zareef Yusof, 11, dan Vie Zaalia, 8 tahun.

Post a Comment