Faralyana Idris Alami Keguguran Pada 1 Ramadhan, Impian Timang Anak Lelaki Tidak Kesampaian – Manis Madu
Faralyana Idris Alami Keguguran Pada 1 Ramadhan

Faralyana Idris Alami Keguguran Pada 1 Ramadhan, Impian Timang Anak Lelaki Tidak Kesampaian

Pembukaan Ramadhan yang kurang indah buat pelakon Faralyana Idris apabila disahkan mengalami keguguran ketika kandungan berusia empat bulan, lapor Mstar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Faralyna Idris (@faralynaidris)

Berkongsi mengenai keguguran tersebut, Faralyana berkata dia tetap bersyukur kerana Allah memberi rezeki bayi lelaki untuk dia dan suami meskipun tempohnya tidak lama.

 

“Dari awal tahun, ramai tegur dan tanya mana bonda? Kenapa lama tak update IG? Mana IGStory bonda? Inilah sebabnya. Alhamdulillah diberi lagi rezeki untuk mengandung kali ketiga.

 

“Selama mengandungkan yang teristimewa ni, bonda dengan phone bertukar status, jadi love-hate relationship, sorry. Namun, sekali pun Dia (Allah) beri rezeki, bila-bila masa juga Dia boleh ambil kembali.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Faralyna Idris (@faralynaidris)

“Tiada rezeki bonda ayah untuk peluk cium dia, tapi rezeki kami merasa gembira dan teruja bila tahu, kami akan dapat baby boy!” kongsi Faralyana menerusi laman Instagram.

 

Rata-rata netizen serta rakan selebriti turut mengucapkan takziah dan mendoakan agar Faralyana serta keluarganya kuat menghadapi dugaan itu.

 

Pelakon berusia 30 tahun itu meluahkan rasa syukur dengan kehadiran bayinya yang dianggap sangat istimewa walaupun hanya dipinjam sementara kepada keluarganya.

 

Faralyana juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan keadaannya dan menganggap sambutan Ramadhan cukup bermakna bersama arwah anaknya yang diberi nama Muhammad Farid.

 

“Kepada yang tahu bonda pregnant, terima kasih kerana sentiasa doakan untuk bonda. Sentiasa cakap yang baik-baik pada bonda. Salam Ramadhan buat semua.

 

“Ini detik permulaan menyambut bulan yang mulia, bulan Ramadhan tahun ni untuk keluarga kami. Paling istimewa bersama yang teristimewa, Muhammad Farid Muhammad Fikri,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Faralyna Idris (@faralynaidris)

Faralyana mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Fikri Abdullah pada Disember 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan bernama Fira Anggun dan Fira Ayu.

Post a Comment