Isteri Mengandung Bahagia ‘Morning Sickness’ Ditanggung Suami – Manis Madu
Isteri Mengandung Bahagia ‘Morning Sickness’ Ditanggung Suami

Isteri Mengandung Bahagia ‘Morning Sickness’ Ditanggung Suami

“Rasa bahagia bila mengandung tak ada apa-apa alahan,”

 

Demikian kata-kata seorang wanita apabila suaminya yang mengalami alahan seperti mual ketika berada di dalam kereta.

 

Menerusi video yang dimuat naik oleh wanita berkenaan di laman TikTok, mereka terpaksa berhenti di tepi jalan kerana suaminya mengalami alahan teruk.

@fatehahefa7392 rasa bahagia bila pegnen xda alahan tpi kesian plak tgk dia yg kena alahan org pegnen…sabr wahai husbnd iya b’tahan sja #pejuangektopik9week6day#fyp ♬ Dj Beta Janji Beta Jaga Slow – DJ Mbon Mbon

Wanita yang dikenali sebagai Efa tersebut memberitahu, dia yang tidak mengalami sebarang alahan berasa pelik apabila melihat suaminya tiba-tiba menunjukkan simptom ibu mengandung.

 

Menurutnya, suaminya juga pernah meminta dia untuk memotong buah mangga muda pada jam 12 tengah malam hanya kerana mahu makan sesuatu yang masam.

 

“Mula-mula suami dapat alahan tu saya tak berapa ambil peduli sangat sebab asal naik kereta je mesti mengadu pening. Ingatkan biasa-biasa je, selang berapa hari nampak pelik sebab suami kuat sangat makan makanan masam-masam.

 

“Dia sampai suruh saya potongkan buah mangga muda waktu tengah malam. Kemudian baru perasan yang period saya lewat seminggu, esoknya saya beli kit ujian kehamilan nampak dua line,” ujarnya.

 

Tambah Efa lagi, suaminya juga mengalami alahan terhadap bulu kucing sewaktu kandungannya memasuki usia lima minggu.

 

Video yang dikongsikan telah mendapat 423.4k tontonan, 28.6k tanda suka serta dikongsi sebanyak 1682 kali di laman TikTok.

Post a Comment