Berkenan Dengan Satu Rumah, Pasangan Cabut & Pindahkan Rumah Guna Bot – Manis Madu
Berkenan Dengan Satu Rumah, Pasangan Cabut & Pindahkan Rumah Guna Bot

Berkenan Dengan Satu Rumah, Pasangan Cabut & Pindahkan Rumah Guna Bot

Sepasang kekasih di Newfoundland, Kanada, yang menemui rumah idaman mereka di sebuah kawasan pesisir pantai bertindak ‘mencabut’ dan memindahkan kediaman tersebut menggunakan laluan air pada jarak lebih 800 meter (m).

 

Daniele Penny dan teman lelakinya, Kirk Lovell, menemui rumah yang akan dirobohkan di pesisir pantai Bay of Islands.

 

Disebabkan tertarik dengan rekaannya, mereka meminta kebenaran daripada pemilik asal rumah itu untuk mencabut rumah tersebut dari tanah dan memindahkannya ke tanah milik mereka di Mclvers, lebih 800m dari lokasi itu menggunakan jalan air.

 

Menyedari kesukaran yang dihadapi sekiranya memindahkan sebuah rumah menggunakan jalan darat, pasangan tersebut membuat keputusan untuk mengapungkan kediaman tersebut di atas laut.

 

Beberapa buah tong dipasang di bawah rumah tersebut dan diikat menggunakan bingkai logam yang dipenuhi dengan tayar lama bagi membolehkannya terapung di atas air dan digerakkan menggunakan bot milik Lovell.

 

“Satu daripada sudut rumah dimasuki air sehingga air paras dua selain enjin bot turut mati ketika dalam perjalanan.

 

“Bagaimanapun, beberapa penduduk setempat membantu kami dengan menggunakan bot mereka untuk membawa rumah itu dengan selamat ke lokasi baharu,” kata Penney.

Post a Comment