Isteri Mengidam Nak Bau Jalan Tar, Suami Layankan Saja
Mengidam merupakan antara fasa yang berkemungkinan besar dilalui oleh seorang ibu mengandung. Bila mengidam, mula lah si suami pening kepala bagaimana nak memenuhi kehendak isteri.
Apatah lagi kalau permintaannya aneh-aneh! Namun apakan daya, mengidam ini bukan perkara yang dibuat-buat. Kalau dah mengidam sesuatu benda, boleh menangis jika tak dapat.
Begitu juga dengan perkongsian yang dibuat oleh @nazirrkatimon di laman TikTok tentang lagat isterinya ketika mengandung.
@nazirrkatimonApa perkara paling pelik waktu korang atau pasangan korang mengandung ?
Menurut video berkenaan, si suami sedang melayani isterinya yang mengidam untuk menghidu bau jalan tar diturap atau bau cat. Lain macam mengidamnya!
“Bini aku ni mengandung, lepas tu sibuk nak bau tar tak pun bau cat. Aku nampak orang buat tar, aku pergi dekat tempat tu bawa bini aku. Tengok la ni…” ujar lelaki tersebut sambil menunjukkan isterinya di sebelah.
Wanita itu kelihatan gembira kerana permintaan mengidamnya dipenuhi suami.
Video berkenaan mendapat pelbagai respond daripada warganet. Kebanyakan mereka turut berkongsi pengalaman mengidam pelik yang pernah dilalui sebelumnya.
“Saya mengidam tengok orang bancuh simen. Hari-hari buka YouTube tengok orang bancuh simen sampai la beranak,” kongsi @nuralianamdrodzi
“Saya time mengandung mengidam nak bau asap bas atau lori. Duduk belakang bas bau asap macam perfume kot dia punya wangi,” tulis @nanasyazana94
Selain itu, ruangan komen juga dipenuhi dengan komentar lucu daripada netizen.
“Mesti nama nanti TARmizi? Ghisauu bang,” tulis seorang lelaki.
“Mohon teknologi sekarang ni buat lah bau-bau yang boleh dibau secara online. Cepat sikit,” komen @muhammadafiqikram
Memang kelakar baca komen-komen kreatif netizen! Apa-apa pun buat para suami, selagi termampu untuk tunaikan mengidam isteri, usahakanlah sehabis baik!