Isteri Tidak Sedar Kucing Ditukar Suami Enam Tahun Lalu
Seorang suami mendedahkan bahawa dia telah menukar kucing milik isterinya dengan kucing lain yang hampir serupa tanpa diketahui wanita itu.
Pengakuan tersebut dibuat menerusi laman perbincangan Reddit ketika mereka masih berpacaran enam tahun lalu.
“Saya menukar kucing hitam milik isteri saya dengan seekor kucing hitam lain yang memiliki ‘kelakuan’ lebih baik.
“Kucing isteri saya berwarna hitam dan sangat agresif. Ia mencakar semua orang dan tidak menggunakan kotak khas untuk membuang air kecil dan besar,” demikian pengakuan lelaki tersebut.
Perkara itu dibuat si suami ketika wanita itu pulang ke kampung halamannya selama seminggu untuk menjenguk keluarga.
Lelaki itu kemudian pergi ke sebuah pusat jagaan haiwan dan menemui seekor kucing hitam yang lebih jinak berkelakuan baik berbanding kucing isterinya itu.
“Saya mengambil kucing itu dan menghantar kucing milik isteri yang ganas itu ke pusat jagaan haiwan yang lain kerana bimbang perkara itu diketahui isteri saya,” katanya.
Sehingga kini, isterinya itu tidak pernah mengetahui bahawa kucingnya telah ditukar dan sering berbangga dengan perubahan sikap kucing peliharaannya itu.