IU Akui Ada Masalah Psikologi, Benci Diri Sendiri Sejak Kecil
Selebriti terkenal, IU baru-baru ini mendedahkan sejak kecil dia berdepan masalah psikologi iaitu kebencian terhadap diri sendiri atau self-hate walaupun sentiasa memperoleh keputusan yang baik dalam peperiksaan, lapor Soompi.
View this post on Instagram
“Sejak kecil, sentiasa wujud kebencian dalam diri saya terhadap diri sendiri. Walaupun selalu memperoleh keputusan yang baik, sukar bagi saya untuk mencintai diri sendiri,” katanya.
Namun menurut IU, kehidupannya mula berubah pada usia 25 tahun dan mengakui lagu Palette yang dikeluarkan sekitar tahun 2017 mengisahkan tentang diri sendiri.
“Bagaimanapun pada usia 25 tahun, titik perubahan dalam hidup saya bermula setelah lagu Palette dikeluarkan pada 2017 yang mengisahkan tentang diri saya sendiri.
“Lirik lagu berkenaan ditulis menyatakan bahawa saya sudah mula mengenal diri sendiri. Sebenarnya ia membawa maksud saya sudah dapat menerima kekurangan serta kekuatan saya.
“Saya akhirnya dapat menyayangi diri saya sendiri,” ujar bintang Korea itu yang kini berusia 28 tahun.