IU Sumbang 500 Juta Won Sempena Hari Lahir! – Manis Madu
IU derma 500 juta Won

IU Sumbang 500 Juta Won Sempena Hari Lahir!

Penyanyi IU yang cukup terkenal dengan sikap pemurah dengan sikap kerap menyalurkan sumbangan dilaporkan melakukan perkara sama sempena sambutan hari lahirnya baru-baru ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 이지금 IU (@dlwlrma)

Dia dilaporkan telah menyumbang sebanyak 500 juta won (RM1.8 juta) kepada beberapa pertubuhan termasuklah Pertubuhan Pediatrik Kanser Korea dan YEOULDOL (kumpulan yang membantu golongan kanak-kanak penghidap penyakit jarang ditemui).

 

Selain itu, beberapa pertubuhan lain turut menerima sumbangan yang disalurkan oleh penyanyi berusia 28 tahun itu.

 

“IU mahu melakukan perkara baik atas nama UAENA (nama kumpulan peminatnya) pada sambutan hari lahirnya yang akan menghampiri penutup angka 20-an.

 

“Apa yang dilakukannya adalah untuk membayar segala kasih sayang tidak berbelah bahagi yang diterima selama dia membangunkan kariernya sehingga ke hari ini,” kata agensi penyanyi itu, EDAM Entertainment.

 

Menurut The Korea Times, sumbangan yang dihulurkan penyanyi itu akan digunakan untuk proses pembedahan dan rawatan bagi pesakit kanak-kanak dan remaja yang menghidap penyakit jarang ditemui.

 

Bahkan, golongan lain yang menerima manfaat daripada sumbangan tersebut ialah keluarga ibu atau bapa tunggal, orang tua tinggal bersendirian dan golongan kanak-kanak susah.

Post a Comment