Jadikan Lelaki Sebagai Hamba? Negara Womania Tegas Mahu Lelaki Jadi Orang Suruhan
Ya, ia memang wujud! Sebuah daerah kecil yang terletak di Czech Republic dan sampai ke hari ini masih berjuang untuk jadikan tempat ini sebagai sebuah negara!
@fresh.factYou wake up in this town wyd… 😳#weirdfact #femdom #feminismoesigualdad #micronation♬ original sound – alex
Womania ini adalah sebuah negara yang memang kebanyakan penduduknya perempuan dan memang ada sistem macam sebuah negara.
Nak seribu daya, taknak seribu dalih jadi mereka ini memang usaha sungguh-sungguh supaya dunia dapat iktiraf mereka ini sebagai sebuah negara!
Yelah mana tidaknya, susah lah orang nak iktiraf sebab misi negara ini adalah untuk menjadikan seramai mungkin lelaki diletakkan di bawah penguasaan wanita!
Boleh ke macam itu? Patutnya memang tak bolehlah sebab macam ala-ala sistem perhambaan ?
Tapi, yakinnya negara Womania sampai mereka dah ada matawang sendiri, bendera sendiri, pasport bahkan badan polis mereka sendiri fuh power betul!
Sebenarnya, penubuhan negara ini bermula dari tahun 1996 lagi tapi sehingga ke hari ini masih berjuang untuk dapatkan status sebagai sebuah negara yang sah.
Selain dari Womania, di Czech Republic negara ini juga digelar sebagai ‘Other World Kingdom’. Apa yang menariknya, ada lelaki yang secara sukarela datang ke Womania ini untuk jadi hamba, takut pula kita!
Jadi, lelaki-lelaki di Malaysia nak cuba pergi ke Womania ini? Atau wanita-wanita Malaysia ini ada tak yang nak tinggal di sana ?