Unduk Ngadau Kembali, Ini Dia Ramalan Pemenang Tahun 2021! – Manis Madu
Unduk Ngadau Kembali, Ini Dia Ramalan Pemenang Tahun 2021-141kb

Unduk Ngadau Kembali, Ini Dia Ramalan Pemenang Tahun 2021!

Kali ini, Fazlan nak ceritakan sedikit tentang Unduk Ngadau.

 

Unduk Ngadau ini sebenarnya satu pertandingan ratu cantik yang memang akan diadakan setiap tahun di Sabah yang mana setiap daerah di Sabah akan menghantar wakil untuk bertanding di peringkat negeri.

 

Jadi, untuk memahami Unduk Ngadau ini dengan lebih mendalam, Fazlan telah menemu bual salah seorang individu yang amat berpengalaman dalam bidang ini iaitu Elly atau nama penuhnya Ellyanti P. Nelson, 38 tahun yang berasal dari Ranau Sabah.

 

Menurut Elly, Unduk Ngadau itu sendiri dipertandingkan setiap tahun adalah untuk menghormati semangat Huminodun iaitu legenda seorang wanita yang berkorban untuk penduduk kampungnya satu ketika dahulu.

 

“Huminodun adalah individu yang pernah berkorban untuk membantu masyarakat Kadazan-Dusun, Murut dan Rungus dahulu. Jadi nilai pengorbanan itulah yang dijadikan sebagai ciri utama dalam mencari pemenang Unduk Ngadau.

 

‘Individu yang dipilih sebagai Unduk Ngadau juga perlulah mempunyai nilai kebudayaan yang tinggi dan tahu mengenai budaya dan masyarakat daerah yang diwakilinya”, katanya ketika ditemubual.

 

Menurut beliau lagi, kecantikan juga dinilai oleh juri namun ia bukanlah menjadi faktor utama seseorang itu diangkat sebagai pemenang namun juga dilihat dari segi kecantikan dalaman.

 

“Ya, kecantikan itu menjadi salah satu ciri untuk menang namun kecantikan dalaman yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar ataupun personaliti adalah nilai utama yang dicari kerana pemenang akan mewakili Sabah secara menyeluruh”, jelas beliau lagi.

 

Bagi tahun 2021, Unduk Ngadau tetap dijalankan seperti biasa namun platformnya adalah sedikit berbeza yang mana seramai 21 orang peserta telah dipilih ke peringkat akhir.

 

21 orang yang dipilih ini adalah mereka yang telah menghantar penyertaan secara dalam talian dan mereka akan berentap di peringkat akhir pada 31 Mei 2021 iaitu hari ini!

 

Berbeza dengan tahun sebelumnya, memandangkan negara dilanda wabak Covid-19, penonton tidak dibenarkan menonton peringkat akhir secara fizikal namun sebauh tayangan dalam talian akan diadakan iaitu di laman Facebook rasmi Unduk Ngadau Kaamatan 2021  pada pukul 1pm ini!

 

Waktu yang ditunggu-tunggu! Siapakah yang memberi saingan hebat tahun ini dan diramal akan memegang takhta Unduk Ngadau 2021? 

 

Semuanya hebat belaka namun berdasarkan pemerhatian awal dan juga pendapat peribadi Elly, terdapat beberapa daerah yang memberi saingan hebat sejak awal lagi.

 

Antaranya adalah Maya Hejnowska UNK Api-Api-Kota Kinabalu, Tracie Sinidol UNK Tambunan dan juga Malle Christian Anderson Barlus UNK Matunggong.

Maya Hejnowska – Unduk Ngadau Api-Api

MAYA HEJNOWSKA_UNK API-API - KOTA KINABALU

Tracie Sinidol – Unduk Ngadau Tambunan

TRACIE SINIDOL_UNK TAMBUNAN

Malle Christian Anderson Barlus – Unduk Ngadau Matunggong

MALLE CHRISTIAN ANDERSON BARLUS_UNK MATUNGGONG

Jadi apa lagi, jangan lupa saksikan Pertandingan Unduk Ngadau tahun ini okay!

Post a Comment