Jangan Lalai, Virus Baru Lagi Berbahaya Dari COVID-19
Virus lagi berbahaya dari Covid-19? Rakyat Malaysia perlu baca artikel ini untuk lebih tahu.
Sumber Gambar: Facebook @DGHisham
Dah nak dekat 4 bulan frontliners di Malaysia berjuang untuk memulihkan wabak Covid-19, tiba-tiba ada virus baru pula?
Menurut Free Malaysia Today, Kedutaan Besar China di Kazakhstan telah mengeluarkan amaran bahawa virus baru ini akan memberi kesan pada radang paru-paru mangsa, mengakibatkan peningkatan jumlah pesakit pneumonia di kawasan berdekatan tanpa sedar.
Sumber Gambar: www.freemalaysiatoday.com | Gambar AP
Virus terbaru dari China tersebut juga dikatakan lebih berbahaya atas sebab angka kematian yang lebih tinggi berbanding wabak Covid-19.
Lemah semangat Madu dengar kenyataan ini. Ingatkan wabak Covid-19 sudah cukup gempar, virus baru ini pula mungkin cetus kebimbangan yang lebih teruk.
Sumber Gambar: www.statnews.com
Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev menasihatkan agar orang ramai berhati-hati untuk mengelakkan penularan wabak terbaru ini. Pihak jabatan kesihatan di Kazakhstan sedang mencuba sedaya upaya untuk mengkaji tentang virus ini.
Minggu lepas, China umumkan kehadiran wabak selesema babi jenis baru, yang juga berpotensi menjadi pandemik. Madu dapat rasakan memang susah untuk dunia pulih seperti biasa, akan wujud norma baharu ikut keadaan terkini.
Tidak apalah, yang penting semua Maduners jangan berhenti ikut SOP yang kerajaan dah sediakan. Kita ambil langkah berjaga-jaga, manalah tahu dapat hindarkan diri dari virus baru ini.
Sumber Featured Image: REUTERS/Mariya Gordeyeva