Jangan Main Sikat Jer Rambut! Rupanya Banyak Jenis Sikat Rambut Untuk Pelbagai Jenis Rambut – Manis Madu
Jenis Sikat Rambut Untuk Pelbagai Jenis Rambut

Jangan Main Sikat Jer Rambut! Rupanya Banyak Jenis Sikat Rambut Untuk Pelbagai Jenis Rambut

Rambut adalah mahkota bagi setiap wanita. Ia perlulah dijaga dan diurus sebaiknya. Ramai yang sangka guna produk penjagaan rambut seperti syampu, pelembap dan vitamin rambut sudah cukup dalam untuk jaga kesihatan rambut.

 

Namun, sedar tak bahawa pemilihan sikat juga sangat penting dalam proses penjagaan rambut. Sikat yang digunakan sehari-hari perlulah menepati kriteria sikat yang bagus untuk rambut uolls.

 

Bagi Maduners yang tak tahu, berikut adalah tips berguna dalam pemilihan sikat terbaik untuk rambut korang!

#1 Sikat Dari Bulu Haiwan (Semulajadi) (Bulu Keras)

Briogeo Vegan Boar Bristle Hair Brush

Sumber Gambar: Sephora

Sikat jenis ini boleh digunakan oleh semua jenis rambut. Sumber yang digunakan untuk menghasilkan sikat ini dapat membantu melancarkan sebum melalui helaian rambut. Hasilnya, rambut akan menjadi lembut dan berkilat!

#2 Sikat Dari Berus Campuran

POCKET MIXED BRISTLE & NYLON HAIR BRUSH

Bagi mereka yang memiliki rambut normal, sikat ini sesuai unutk korang. Sikat yang berusnya diperbuat daripada nilon atau campuran nilon dan bulu haiwan, dapat membantu meluruskan setiap helaian rambut dan merapikan minyak semulajadi rambut di seluruh kawasan rambut.

#3 Sikat Paddle

Wooden Paddle Brush

Sumber Gambar: Shopee

Permukaan kusyen berus getah lembut pada sikat jenis ini akan membengkok apabila bersentuhan dengan kulit kepala. Ia bertujuan untuk mengelakkan daripada kecederaan kulit semasa menyisir rambut. Bahagian berus yang luas dan jarang juga mampu menyisir keseluruhan rambut dan dapat membaiki hujung rambut yang kusut.

 

Sikat jenis ini bersesuaian untuk individu yang memiliki rambut lurus yang panjang.

#4 Sikat Berus Kayu (Wooden-Bristle)

Wooden Paddle Hair Brush

Sumber Gambar: veganostore.com

Lazimnya, individu yang memiliki rambut jenis keriting akan mempunyai masalah dalam pemilihan sikat. Betul tak? Sekarang tiada masalah lagi kerana sikat jenis ini adalah untuk mereka!

 

Sikat yang mempunyai berus yang diperbuat daripada kayu ini dipercayai dapat melembutkan rambut dan mengekalkan bentuk rambut keriting korang. Selain itu, ia juga dapat membantu memperbaiki rambut yang kering dan rapuh.

#5 Sikat Gigi Jarang (Wide Tooth Comb)

Wide Tooth Comb

Sumber Gambar: Shopee

Sikat gigi jarang atau lebih dikenali sebagai wide tooth comb diberi nama sedemikian oleh kerana gigi sikatnya yang jarang-jarang.

 

Sikat jenis ini sesuai digunakan untuk menguraikan rambut yang masih basah bagi mengelakkan lebih banyak rambut gugur. Sebab itu gigi dia besar dan keras.

#6 Sikat Dari Bulu Haiwan (Semulajadi) (Bulu Lembut)

Kent CSGL Large Pure Soft White Bristle Brush

Sumber Gambar: www.fendrihan.com

Tindakan bijak jika individu yang memiliki jenis rambut halus, nipis atau rosak menggunapakai sikat jenis ini.

 

Ini kerana ia dapat membantu helaian rambut kekal lurus. Ia juga dapat merangsang aliran darah kulit kepala ke folikel rambut untuk memberi hasil rambut yang sihat dan cantik.

#7 Sikat ‘Wet Brush’

wet brush

Sumber Gambar: www.shins.my

Sikat ini amat bagus bagi keadaan rambut yang kusut, kering atau basah. Sikat ini mempunyai berus lembut dari nilon bertujuan untuk merapikan helaian rambut yang kusut akibat basah. Tapi, sikat jenis ini tidak sesuai digunakan untuk dandanan.

 

Semoga tips ini dapat bantu Maduners buat pilihan sikat terbaik ya!

Post a Comment