Jangan Malu Kibarkan Bendera Putih Minta Bantuan, Sedikit Sebanyak Dapat Kurangkan Beban
Jika Maduners perasan, bermula semalam dan awal pagi ini tular di media sosial tentang ‘bendera putih’. Ada apa dengan bendera putih sebenarnya?
Menurut perkongsian seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Hafizol Hakami, dia meminta agar mereka yang sedang kesusahan untuk menaikkan bendera putih di kediaman mereka.
Kepada semua yang susah dan tiada makanan, naikkan bendera putih 🏳️ di kediaman anda.
Biar orang sekeliling pakat bantu sedikit sebanyak yang termampu.
Tolong jangan ambil tindakan yang meremukkan hati orang yang tersayang.
Tak perlu merayu, tak perlu malu. Kibar saja bendera pic.twitter.com/BGy7muxcMc
— Hafizol Hakami (@HafizolHakami) June 28, 2021
“Naikkan bendera putih di kediaman anda jika memerlukan bantuan makan dan keperluan. Jangan ambil tindakan yang merugikan diri dan orang tersayang,”
Ini bertujuan supaya mereka yang memerlukan dapat dibantu oleh orang sekeliling sebanyak yang termampu tanpa perlu meminta dan merayu pertolongan.
“Elakkan stress. Tidak perlu merayu dan malu. Hanya kibarkan kain putih, semoga ada yang membantu,”
Cadangan ini disambut baik warganet yang rata-rata bersetuju dan menyokong sepenuhnya kempen ini. Ia juga disifatkan sebagai antara cadangan terbaik untuk kita membantu antara satu sama lain.
Posting itu juga telah mendapat sebanyak 15.2k ulang kicau dan 6, 000 tanda suka.
Madu yakin Maduners cakna dengan isu semasa yang mana semakin banyak kes bunuh diri, depresi, ‘burnout’, kerana tekanan hidup. Maka, harapnya dengan usaha ini dapat sedikit sebanyak membantu.
Semoga Malaysia segera pulih dan keadaan kita kembali seperti sediakala!