Ikhtiar Bertahan Ketika Pandemik, Pasangan Ini Jual Nasi Lemak Ikan Aya RM1 – Manis Madu
Ikhtiar Bertahan Ketika Pandemik, Rahmah Kamaruzaman dan Mohamad Faez Zakaria Jual Nasi Lemak Ikan Aya RM1

Ikhtiar Bertahan Ketika Pandemik, Pasangan Ini Jual Nasi Lemak Ikan Aya RM1

Harus diakui, hari demi hari keadaan dan situasi kehidupan kita di Malaysia semakin menekan.

 

Punca pendapatan terjejas, hampir semua orang berusaha keras untuk boleh bertahan!

 

Perkara ini juga dialami oleh pasangan berasal dari Bachok, Kelantan ini apabila sudah beberapa kali berniaga menjual pelbagai makanan dan membuka kafe siber namun segala usaha tersebut dibenam pandemik Covid-19.

 

Namun, pasangan ini tiada pilihan lain selain terus mencari ikhtiar untuk meneruskan kehidupan.

 

Rentetan itu, Rahmah Kamaruzaman, 28, akhirnya nekad menjual nasi lemak tetapi lain daripada lain iaitu nasi lemak ikan aya dan hanya dijual pada harga RM1.

Nasi Lemak Ikan Aya CikSu 04

Meskipun berdepan tanggapan orang ramai bahawa perniagaan berkenaan tidak akan bertahan lama malah ada yang menganggap ia merugikan kerana amat sukar untuk untung kerana harga nasi lemak hanya RM1.

 

“Bermula PKP 1.0, 2.0, saya dan suami banyak belajar daripada kenyataan hidup. Wabak Covid-19 mengubah segalanya, perniagaan gulung tikar.

 

“Kedai kafe siber kami tidak boleh beroperasi, komputer semua rosak, banyak juga kami rugi, kini berdepan pula PKP penuh tapi hidup perlu diteruskan. Kena cari jalan keluar,”

Nasi Lemak Ikan Aya CikSu 01

Suaminya, Mohamad Faez Zakaria, 31, berkata ketika mereka buntu mencari punca pendapatan baru, isterinya mencadangkan mereka menjual nasi lemak ikan aya dengan harga RM1.

 

“Pada mulanya memang berdepan banyak rintangan, kami terpaksa letak nasi di kedai sekitar Kampung Perupok, 30 hingga 40 bungkus sehari. Berbelas bungkus tak habis jual setiap hari maka kami ambil keputusan untuk buat COD dan adik bantu post dalam FB,” ujarnya.

 

Idea COD dilihat sebagai alternatif paling tepat ketika PKP dan kini mereka memperoleh jualan atas talian lebih 300 bungkus sehari.

Nasi Lemak Ikan Aya CikSu 03

Rutin mereka bermula pada jam 3 pagi untuk persiapan memasak dan bungkus. Pada jam 6.30 pagi mereka akan keluar untuk hantar nasi ke kedai dan juga kepada pelanggan COD sekitar Bachok.

Nasi Lemak Ikan Aya CikSu 02

Post a Comment