Jarak Pelamin Dipisahkan Dengan Kolam Renang, Jurugambar Mengaku Banyak Menjerit – Manis Madu
Jarak Pelamin Dipisahkan Dengan Kolam Renang, Jurugambar Mengaku Banyak Menjerit

Jarak Pelamin Dipisahkan Dengan Kolam Renang, Jurugambar Mengaku Banyak Menjerit

Kebiasaannya, majlis perkahwinan akan diadakan di rumah, dewan atau hotel. Ada juga yang mengadakan majlis di tepi pantai demi memenuhi majlis perkahwinan impian!

 

Namun, lain pula yang berlaku kepada pasangan pengantin yang mengadakan majlis di tepi kolam yang jarang-jarang berlaku.

Kahwin 1 (1)

Menurut perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @shahrizalmahadi yang merupakan jurugambar majlis tersebut, menunjukkan momen ketika dirinya melakukan tugas.

@shahrizalmahadipaling jerit paling jauh 😆😆♬ original sound – Shahrizal Mahadi

Video berdurasi 16 saat itu menunjukkan dua pasangan pengantin sedang mengambil gambar bersama rakan-rakan mereka di atas pelamin.

 

Akan tetapi, jarak jurugambar dengan pelamin pengantin yang begitu jauh telah menjadi perhatian ramai.

Kahwin 2 (1)

Difahamkan, menurut jurugambar berkenaan, majlis tersebut merupakan antara majlis kahwin yang memerlukan dia menjerit kuat kerana pengantin berada di jarak yang jauh.

@shahrizalmahadisuasana pagi sebelum melakukan tugasan berat.mlm tu dah dpt info ada mslh teknikal utk psg platform depan pelamin .. so kami standby lens negro size😂♬ original sound – Shahrizal Mahadi

Dia juga menjelaskan, sudah bersedia lebih awal dengan membawa peralatan sepatutnya seperti lens bersesuaian kerana sudah diberitahu pihak pengantin tentang situasi lokasi majlis diadakan.

 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet tidak sabar menantikan hasil sesi bergambar pengantin tersebut dan tidak kurang juga yang memberi komentar tentang kelainan lokasi majlis pasangan berkenaan.

Post a Comment