‘Melepas’ Dalam Semak, Pelaku Boleh Didenda RM14, 179! – Manis Madu
‘Melepas’ Dalam Semak, Pelaku Boleh Didenda RM14, 179!

‘Melepas’ Dalam Semak, Pelaku Boleh Didenda RM14, 179!

Satu papan tanda yang melarang orang ramai daripada membuang air besar terpaksa dipacak di sebuah taman awam di Little Bowden, England.

 

Menurut laporan, orang ramai yang ditangkap melakukan perbuatan tidak senonoh itu boleh dikenakan denda sehingga £2,500 (RM14, 179) oleh Majlis Daerah Harborough.

 

Papan tanda luar biasa itu terpaksa diletakkan selepas penduduk tempatan berdepan beberapa insiden individu membuang air besar di sebalik semak yang ada di taman tersebut dan najisnya tidak dibersihkan.

 

Mereka yang bertanggungjawab telah diberi amaran bahawa denda maksimum untuk kelakuan sedemikian ialah RM14, 179 dan terdapat kamera televisyen litar tertutup (CCTV) memantau kawasan itu pada setiap masa.

 

“Malangnya, terdapat insiden setempat orang menggunakan kawasan awam ini sebagai tandas.

 

“Ini jelas tidak boleh diterima dan kami meletakkan papan tanda sementara yang memberi amaran kepada orang ramai bahawa mereka berdepan denda sehingga RM14, 179 jika ditangkap, Ketua Majlis untuk Perkhidmatan Alam Sekitar Harborough, Kaunselor Jonathan Bateman.

Post a Comment