Jarang Kongsi Kisah Peribadi, Terbaru Rani Mukerji Dedah Detik Jatuh Cinta Dengan Suami – Manis Madu
Rani Mukerji Dedah Detik Jatuh Cinta Dengan Suami

Jarang Kongsi Kisah Peribadi, Terbaru Rani Mukerji Dedah Detik Jatuh Cinta Dengan Suami

Pelakon jelita, Rani Mukerji cukup dikenali sebagai selebriti yang tidak terbuka berkongsi tentang kisah peribadinya kepada khalayak.

Bagaimanapun, dalam satu temu bual bersama sebuah stesyen televisyen baru-baru ini, pelakon filem Kuch Kuch Hota Hai itu telah membuat satu pendedahan tentang detik-detik awal dan punca dia jatuh cinta terhadap suaminya yang juga seorang penerbit, Aditya Chopra.

 

Menurut Rani, dia jatuh hati terhadap Aditya kerana persamaan sikap mereka berdua yang tidak gemar berkongsi kisah peribadi kepada umum.

 

“Selepas beberapa tahun berada dalam industri, saya melihat suami memiliki sifat yang sama seperti saya.

 

“Bahkan dia juga salah seorang pemain industri yang sangat saya hormati,” kata Rani.

 

Pada masa sama, pelakon berusia 43 tahun itu turut membuat perbandingan antara suaminya dengan pengarah tersohor, Karan Johar.

 

“Saya tidak fikir akan jatuh cinta dengannya (Karan) kerana dia berada di mana-mana, seorang yang sosial dan suka berparti,” tambah Rani.

Sumber Gambar: Rani Mukerji Chopra

Post a Comment