Sekolah Tetapkan Peraturan, Dilarang Berpakaian Seksi Ketika Jemput Anak Di Sekolah – Manis Madu
Dilarang Berpakaian Seksi

Sekolah Tetapkan Peraturan, Dilarang Berpakaian Seksi Ketika Jemput Anak Di Sekolah

Menurut Kosmo! sebuah sekolah rendah di Britain meminta para ibu untuk tidak memakai skirt mini atau pakaian menjolok mata ketika menjemput anak-anak mereka pulang dari sekolah.

 

Larangan tersebut dinyatakan menerusi surat pekeliling Sekolah Rendah Seymour di England kepada ibu bapa dengan alasan perbuatan tersebut memberi teladan tidak baik kepada pelajar.

 

Isu tersebut timbul apabila terdapat segelintir ibu dilihat datang menjemput anak mereka dengan berpakaian jarang termasuk memakai baju tidur seksi yang dianggap tidak sesuai dengan persekitaran sekolah.

 

“Memakai pakaian terlalu terdedah ketika berada di kawasan sekolah memberikan teladan yang tidak baik.”

 

“Pihak sekolah menyedari terdapat peningkatan bilangan ibu bapa memakai baju tidur dan pakaian tak ubah seperti pakaian dalam. Oleh itu, pihak sekolah mengeluarkan surat meminta ibu bapa supaya berpakaian lebih sopan ketika menjemput anak mereka pulang,” menurut ketua bersama persatuan guru sekolah, Carol Collins dan Emma Eardley.

 

Peraturan baharu itu juga turut dipersetujui oleh sebahagian ibu bapa yang merasa tidak selesa dengan sikap bersahaja sesetengah penjaga.

 

“Saya pernah melihat ibu-ibu mengenakan gaun dan selipar malah ada yang memakai skirt mini terlalu singkat.

 

“Ada juga ibu yang datang menjemput anak mereka memakai baju berbentuk V yang jelas menampakkan ‘lurah’,” luah seorang penjaga.

Post a Comment