Jaringan Internet Teruk? Ikut Madu Lakukan 7 Aktiviti Ini – Manis Madu
Jaringan Internet Teruk Ikut Madu Lakukan 7 Aktiviti Ini

Jaringan Internet Teruk? Ikut Madu Lakukan 7 Aktiviti Ini

Kalau jaringan internet atau wifi teruk mesti Maduners stress dengan situasi ini. Madu pun kadang-kadang alami benda yang sama. Stress!

 

Tambah-tambah waktu PKPB ini yang kita jarang keluar rumah, tapi kalau internet tak okay, nak buat apa jerr?

 

Hah! Sini Madu kongsi dengan Maduners tujuh cara paling letopszz dan bijaksana gituzz untuk manfaat masa yang ada! Lupakan Internet!

1. Baca Majalah

baca majalah

Jangan pandang rendah dengan perkara yang Maduners boleh dapat dengan baca majalah. Majalah adalah pilihan alternatif jika Maduners tiada jaringan internet.

 

Tambah-tambah bila Maduners tengah cari idea nak hias bilik boleh cari inspirasi daripada majalah dekorasi! Back to basic gitu, baca majalah.

2. Dapatkan Tidur Yang Secukupnya

Selalunya ada internet, Maduners mesti sentiasa dengan media sosial sehingga ada yang merungut tak dapat tidur yang secukupnya. Ha! Tunggu apa lagi disebabkan tak ada internet, boleh tidur tanpa gangguan bunyi notifikasi media sosial.

 

Bila dapat tidur secukupnya, bangun pagi mesti lagi semangat nak siapkan kerja rumah yang ada.

3. Masak-Masak

Bukan main masak-masak macam masa kanak-kanak dulu ya Maduners tapi luangkan masa yang ada dengan belajar memasak resipi baru. Bakar kek pun boleh juga, nanti kek yang ada boleh jadikan juadah minum petang. Yay.

 

Resipi masakan tak semestinya dapat dari Internet, ikut je resipi dari majalah masakan pun terbaik juga.

4. Kemas Rumah

vacuum-cleaner

Bila tak ada jaringan internet barulah sedar rumah Maduner berhabuk dan sebagainya, jadi masa inilah untuk Maduners mula kemas rumah.

 

Bila rumah dah habis kemas nanti mesti Maduners rasa puas gilerr. Berbaloilah penat lelah lepas tengok rumah kita kemas!

5. Tanam Pokok Kecil

houseplant

Maduners yang ikut trend mesti tahu sekarang ini letak tanaman kecil dalam rumah tengah popular. Waktu inilah untuk Maduners hasilkan tanaman kecil ataupun selalunya dipanggil houseplant.

 

Lagi banyak lagi bagus, tapi ikut  kesesuaian diri Maduners sendiri, kalau tak suka terlalu banyak tanaman, beberapa tanaman pun boleh.

6. Hubungi Yang Tersayang

Bila tak ada internet ini, Maduners ada terfikir tak bila kali terakhir Maduners berhubung dengan ahli keluarga?

 

Selalunya sibuk dengan media sosial, jadi bila jaringan internet teruk ni tak boleh Whatsapp ibu bapa, boleh cuba telefon. Dapatlah dengar suara ibu dan ayah Maduners. Rindunya.

7. Lakukan Aktiviti D-I-Y

lifestyle-working-arts-crafts

Maduners yang dulu-dulu ada hobi suka melukis dan hasilkan seni boleh mula balik lakukan aktiviti DIY.

 

Tak kisahlah apa pun Maduners nak hasilkan, inilah waktunya Maduners boleh luangkan untuk asah semula bakat Maduners hasilkan karya-karya DIY gituzz.

Post a Comment