Jasad Nagaenthran Dharmalingam Disemadi Jumaat Ini – Manis Madu
Jasad Nagaenthran Dharmalingam Dis

Jasad Nagaenthran Dharmalingam Disemadi Jumaat Ini

Isu yang menyayat hati rakyat Malaysia, kes Nagaenthran Dharmalingam, jasadnya akn disemadikan di perkuburan Hindu di Buntong pada Jumaat ini.

 

Nagaenthran Dharmalingamtelah menjalani hukuman mati di Penjara Changi, Singapura.

 

Menurut Bernama, kakak mendiang Sarmila Dharmalingam, 36, berkata persemadian akan dilaksanakan antara pukul 2 hingga 4 petang Jumaat ini selepas upacara sembahyang di rumah mereka.

 

“Kami terima pemergian mendiang dengan hati yang berat. Terima kasih kepada semua orang yang datang mendoakan mendiang di Singapura dan Malaysia serta yang mendoakan mendiang di media sosial sehingga kini,” katanya.

 

Adiknya Navin Kumar, 22 telah menuntut jasad Nagaenthran di Penjara Changi dan dibawa dari Johor Bahru ke Ipoh dengan menaiki van.

 

Jasad Nagaenthran telah tiba di Johor Bahru pada pukul 8.30 malam semalam menerusi  penerbangan dari Singapura.

 

Ibu mendiang S. Panchalai, 60, yang enggan ditemu bual pemberita kelihatan sugul dan sedih dengan perkara yang berlaku pada anaknya.

 

Pada Selasa (26 April), Mahkamah Rayuan Singapura menolak rayuan terakhir yang difailkan Panchalai untuk mencabar keputusan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman mati terhadap anaknya.

 

Hukuman mati telah dijatuhkan kepada Nagaenthran pada tahun 2010 kerana  mengedar 42.72gram heroin pada 2009 ke Singapura.

 

Singapura dikenali sebagai salah satu negara yang mempunyai undang-undang narkotik paling tegas di dunia.

 

Sepatutnya Nagaenthran  dihukum gantung pada 10 Nov 2021, tetapi mendapat penangguhan sementara pada 9 Nov selepas mahkamah diberitahu dia positif Covid-19 ketika hadir untuk percubaan rayuan terakhir terhadap hukuman matinya.

Post a Comment