“Jangan Hantar Hadiah! Saya Hanya Buat Sekadar Suka-Suka”, Selena Gomez Gelabah Tahu Dapat Duit Ketika Live Di TikTok – Manis Madu
“Jangan Hantar Hadiah! Saya Hanya B

“Jangan Hantar Hadiah! Saya Hanya Buat Sekadar Suka-Suka”, Selena Gomez Gelabah Tahu Dapat Duit Ketika Live Di TikTok

Aplikasi TikTok merupakan aplikasi yang semakin lama semakin popular di serata dunia. Bukan sahaja dalam kalangan anak muda, golongan profesional dan agamawan, selebriti juga tidak terkecuali daripada menggemari aplikasi ini.

 

Baru-baru ini, selebriti antarabangsa Selena Gomez dilihat bersiaran langsung di laman TikTok peribadinya.

Gomez kelihatan begitu teruja dan gembira ‘meneroka’ ciri siaran langsung ketika itu terutama ketika mendapat ‘gift’ berbentuk filter daripada para peminat yang menonton siaran langsungnya ketika itu.

 

Platun lagu Love You Like A Love Song itu awalnya tidak tahu mengenai ciri tersebut dan terkejut setelah mendapat tahu dia mendapat duit setiap kali ‘gift’ dihantar kepadanya.

“Adakah betul orang boleh bagi kita duit ketika siaran langsung? Duit yang tak betul kan?” tanya Gomez kepada rakan-rakannya.

 

Setelah mendapat tahu perkara itu, Gomez agak cemas memberitahu peminatnya supaya tidak membelanjakan wang mereka untuk ciri seperti itu kepadanya.

 

“Saya harap tak ada siapa bagi kepada saya perkara yang mereka tidak perlu bagi sebab saya hanya buat semua benda ini sekadar suka-suka,” ujar Gomez.

Post a Comment