Jaya Grocer mengutamakan warga tua dulu sebelum orang lain mula menyerbu masuk – Manis Madu

Jaya Grocer mengutamakan warga tua dulu sebelum orang lain mula menyerbu masuk

Wahh, baiknya Jaya Grocer memikirkan tentang warga tua dalam situasi begini. Untuk pengetahuan Maduners, Jaya Grocer telah menyediakan 30 minit pembelian barang keperluan untuk mereka yang berumur 60 tahun ke atas serta penjaga.

 

Operasi ini akan bermula dari jam 9.30 pagi sehingga jam 10 pagi. Ambik perhatian yeah Maduners, khas untuk warga tua dan penjaga sahaja okay.

“Operasi ini dijalankan untuk memudahkan mereka ketika membeli-belah nanti”, kenyataan dari Pihak Jaya Grocer. Sempena sekatan pergerakan yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, Jaya Grocer mengambil langkah ini untuk mengutamakan warga tua dan penjaga membeli barangan mereka dahulu sebelum orang lain mula membeli.

Maduners jangan risau tentang sekatan pergerakan ni. Maduners masih boleh keluar dan membeli barangan keperluan di pusat membeli-belah kerana operasi mereka masih berjalan seperti biasa. Oleh itu, Maduners usahlah panik dan berpada-pada jugalah ketika membeli barang nanti yeah.

Post a Comment