10 Ikon Wanita Antarabangsa Sempena Hari Wanita Sedunia – Manis Madu

10 Ikon Wanita Antarabangsa Sempena Hari Wanita Sedunia

Baru-baru Madu dah cerita pasal ikon wanita di Malaysia, jadi kali ini Madu nak senaraikan 10 ikon wanita antarabangsa yang boleh berikan #Maduners inspirasi! Jom kita tengok!

1. Oprah Winfrey

Oprah Winfrey merupakan pengacara untuk rancangan talkshow yang sangat terkenal pada tahun 2000 iaitu Oprah Winfrey Show.

 

Rancangan tersebut memenangi beberapa anugerah dan Oprah sendiri dianugerahkan Women of Achievement oleh National Organization of Women.

 

Walaupun mempunyai sejarah dan latar belakang kehidupan yang gelap, beliau telah bangkit semula dan membuktikan yang beliau boleh melakukan apa sahaja.

 

Kalau Maduners nak tahu, Oprah sekarang mempunyai perniagaannya sendiri dalam industri media dan hiburan.

2. Susan Wojcicki

Sumber Gambar: BusinessInsider.my

Maduners yang selalu guna aplikasi Youtube, tahu tak CEO bagi aplikasi ini merupakan seorang wanita?

 

Kalau Maduners nak tahu, Susan Wojcicki merupakan CEO bagi Alphabet yang menjaga aplikasi Youtube yang kini digunakan oleh hampir 2 billion pengguna secara bulanan!

 

Sebelum menjadi CEO di Alphabet, Susan Wojcicki juga pernah bekerja di syarikat besar seperti Intel.

3. Malala Yousafzai

Malala Yousafzai merupakan inspirasi bagi mereka yang ingin menjadikan dunia lebih baik. Walaupun pelbagai nasib malang menimpa Malala, perkara tersebut tidak menghalang dirinya menyuarakan pendapat dan pendiriannya.

 

Malala memenangi Nobel Peace Prize bagi perjuangan untuk kanak-kanak mendapatkan pendidikan di Barat Laut, Pakistan. Walaupun hampir dibunuh oleh pengganas yang menembak beliau, ini tidak melunturkan semangat beliau di dalam meneruskan perjuangan beliau.

4. Anna Wintour

Sumber Gambar: BusinessInsider.com

Nama yang megah dalam industri fesyen, Anna Wintour! Siapa saja tidak kenal dengan editor in chief bagi majalah Vogue sejak tahun 1988.

 

Dengan pelbagai pencapaian dalam industri fesyen, Anna Wintour dikatakan mengubah landskap industri fesyen dengan gayanya yang tersendiri menjadikan beliau idola orang ramai dalam dunia fesyen.

5. Serena William

Kalau bercakap mengenai ikon wanita hebat dalam dunia sukan, sudah tentu namanya akan menjadi bualan orang ramai iaitu Serena William!

 

Serena merupakan seorang pemain tenis wanita yang sudah memenangi pelbagai pertandingan tenis di peringkat antarabangsa. Maduners yang minat tenis sudah tentu menjadikan Serena William sebagai idola anda!

6. Martha Stewart

Sumber Gambar: Gage Skidmore

Martha Stewart terkenal sebagai seorang businesswoman yang berjaya dalam industri hiburan. Beliau bukan sahaja businesswoman, tetapi merupakan seorang personaliti TV, bekas model dan juga penulis buku.

 

Beliau juga pernah disabitkan kesalahan dan dipenjara, tetapi setelah menjalankan hukuman beliau. Martha Stewart datang kembali dengan lebih padu. Inilah yang dikatakan jiwa semangat yang sangat kental. You Go Girl!!
Pada tahun 2011, Martha tersenarai dalam New Jersay Hall of Fame!

7. Michelle Obama

Siapa saja tidak kenal dengan isteri kepada bekas presiden Amerika Syarikat, Barack Obama iaitu Michelle Obama.

 

Michelle tersenarai dalam ikon wanita antarabangsa ini kerana usahanya dalam membantu memberikan pendidikan dan juga akses kehidupan yang lebih baik kepada golongan yang tidak berkemampuan.

8. Greta Thunberg

Satu-satunya kanak-kanak remaja dalam senarai ini iaitu Greta Thunberg! Greta Thunberg menjadi bualan hangat orang ramai di media sosial setelah video dirinya sedang protes memperjuangkan isu pemanasan global.

 

Greta tersenarai dalam Times Person of The Year sebagai climate activist.

9. Rihanna

Maduners tahu tak Rihanna merupakan pemuzik wanita terkaya di dunia? Omg!

 

Selain daripada royalti muziknya, perniagaan produk kecantikan Rihanna juga penyumbang kepada kekayaan dirinya.

 

Beralih daripda bidang muzik kepada bidang kecantikan, Rihanna kini fokus kepada perniagaannya iaitu Fenty Beauty.

10. Naomi Campbell

 

View this post on Instagram

 

2019 Fashion Icon Award winner @naomi arriving on The #FashionAwards red carpet! Image by @gettyimages

A post shared by British Fashion Council (@britishfashioncouncil) on

Naomi Campbell merupakan model terkenal dengan gaya catwalk yang dikatakan hampir sempurna dan tiada model lain yang boleh bersaing dengan gaya catwalk Naomi.

 

Sebagai individu berkulit gelap, Naomi mendapat pelbagai kritikan ketika awal kerjayanya sebagai seorang model.

 

Pada tahun 2019, Naomi telah mendapat anugerah Fashion Icon daripada British Fashion Council.

Post a Comment