Jenama Antarabangsa Dengan Gaya Fesyen Modest
Baru-baru, Madu terbaca satu artikel yang menyatakan bahawa Tentera Udara Amerika Syarikat telah membenarkan pemakaian hijab, serban dan boleh menggayakan janggut sebagai seorang tentera udara ketika bertugas.
Madu juga rasa yang perubahan ini juga berlaku kepada pakaian serta fesyen yang dihasilkan oleh jenama antarabangsa pada masa kini.
Jadi Madu telah sediakan nama-nama jenama fesyen antarabangsa yang kini menjadikan fesyen mengikut kepercayaan sebagai salah satu fesyen dalam jenama mereka.
1. Nike
View this post on Instagram
Nike merupakan satu jenama yang kini terkenal dalam kalangan wanita berhijab kerana mengeluarkan
2. H&M
Sumber Gambar: Cosmopolitan.com
Walaupun menerima kritik terhadap keluaran fesyen yang bersederhana sesuai untuk para wanita yang berhijab, pujian patut diberikan kerana H&M berani mencuba dengan gaya fesyen modest.
3. Modanisa
View this post on Instagram
Modanisa yang dilancarkan pada Hari Ibu 2011 merupakan salah satu jenama fesyen terkenal dalam kalangan wanita yang berhijab dan mementingkan fesyen yang menutup aurat.
Modanisa bukan sahaja mengeluarkan pakaian bagi para wanita berhijab tetapi juga pelbagai aksessori supaya wanita yang berhijab tidak merasa ketinggalan dalam dunia fesyen.
4. The Modist
View this post on Instagram
The Modist merupakan satu platform yang membantu mereka yang mencari pakaian fesyen yang modest sesuatu yang dicari oleh wanita Muslimah terutamanya.
5. Hana Tajima X Uniqlo
Sumber Gambar: Uniqlo
Hana Tajima yang merupakan seorang pereka fesyen berdarah kacukan Jepun dan British telah melakuakan kolaborasi bersama Uniqlo untuk mengeluarkan gaya yang moden tapi masih bersederhana.
6. Diana Kotb
Sumber Gambar: Aquila Style
Rekaan fesyen yang mementingkan keselesaan bagi para wanita, Diana Kotb merupakan seorang pereka fesyen daripada Australia yang berfokuskan fesyen bersederhana.
7. Inayah
Sumber Gambar: Inayah
Inayah merupakan jenama yang muncul setelah melihat terdapat permintaan dan ingin membantu para wanita yang berhijab untuk muncul bergaya moden mengikut peredaran zaman tetapi masih mempunyai elemen kesederhaan dalam gaya fesyen mereka.