Jenis Penyakit Kelamin Yang Boleh Wanita Alami Jika Abaikan Kesihatan Di Kawasan Intim – Manis Madu
Jenis Penyakit Kelamin-Wanita2

Jenis Penyakit Kelamin Yang Boleh Wanita Alami Jika Abaikan Kesihatan Di Kawasan Intim

Sejauh mana pengetahuan Maduners tentang jenis-jenis penyakit kelamin yang berlaku ke atas wanita ? Perkara ini sangat penting untuk Maduners ambil tahu supaya dapat atasi danĀ  kesan penyakit pada peringkat awal.

1. Trikomoniasis

Trikomoniasis-infeksi

Sumber Gambar: doktersehat.com

Trikomoniasis merupakan infeksi yang berlaku pada bahagian kemaluan wanita dan tersebar melalui hubungan seksual.

 

Untuk mengesan penyakit ini, Maduners perlu memastikan sama ada terdapat cecair yang berbau, berwarna (kuning, hijau, putih, jernih) atau mungkin berasa gatal pada bahagian alat sulit atau tidak.

 

Penyakit kelamin jenis Trikomoniasis ini pun boleh bagi kesakitan pada individu semasa membuang air kecil atau berhubungan seksual juga.

2. Klamidia

chlamydia

Sumber Gambar: www.doctoroncall.com.my

Bagi penyakit kedua ini pula agak sukar sedikit untuk dikesan pada peringkat awal. Penyakit jenis ini mengambil masa dalam 1 hingga 3 minggu untuk nampak kesannya.

 

Cara untuk kenal pasti penyakit ini sama seperti Trikomoniasis di mana Maduners akan berasa sakit semasa membuang air kecil dan berlaku pendarahan abnormal.

3. Keputihan

keputihan

Sumber Gambar: www.sehatq.com

Keputihan pula merupakan cairan putih yang keluar dari dalam vagina wanita. Tekstur dia agak cair dan tak berbau. Maduners sendiri pun mungkin sudah biasa dengan masalah ini yang mana boleh dianggap sebagai normal.

 

Tetapi! Kalau keputihan yang normal itu bertukar menjadi kental, berbau busuk, serta berwarna hijau kuning, Maduners perlu berhati-hati dengan petanda tersebut sebab itu mungkin gejala yang berlaku pada tahap awal bagi kanser servik.

4. Vaginitis

vaginitis

Sumber Gambar: www.erufucare.com

Penyakit jenis ini biasanya akan jadi pada wanita berumur atau yang sudah menopause. Vaginitis adalah salah satu penyakit peradangan organ seksual yang jadi pada bahagian vagina.

 

Petanda jika Maduners dijangkiti penyakit ini adalah apabila ada keputihan yang banyak, terasa gatal atau sakit di bahagian vagina. Masalah keseimbangan PH dalam vagina pun boleh menyebabkan masalah macam ini!

 

Seeloknya, Maduners semua dinasihatkan untuk rajin-rajin lakukan pemeriksaan kesihatan terutamanya jika Maduners sejenis yang aktif pada hubungan seksual.

 

Benda boleh elak ada baiknya kita elak. Kalau dah terlambat sudah tak berguna.

Post a Comment