Ketahui Perkara Yang Wanita Alami Semasa Datang Haid Selain Senggugut! – Manis Madu
Ketahui Perkara Yang Wanita Alami Semasa Datang Haid Selain Senggugut

Ketahui Perkara Yang Wanita Alami Semasa Datang Haid Selain Senggugut!

Wanita yang normal sememangnya akan berdepan dengan hari di mana mereka akan datang haid pada setiap bulan.

 

Lain orang lain cara dia mengalami keadaan tersebut sama ada sebelum atau semasa datang haid. Selalunya yang ramai wanita alami adalah senggugut.

 

Hari ini Madu nak kongsikan sedikit ragam, kerenah atau perangai pelik wanita yang datang haid selain dari senggugut!

1. Menangis Tanpa Sebab

Menangis Tanpa Sebab

Perkara biasa bila wanita datang haid adalah perubahan emosi, kejap suka kejap marah dan apa yang lebih parah bila dia menangis tiba-tiba tanpa sebab.

 

Kalau Maduners perasan, ada sesetengah wanita yang datang haid ini akan berperangai seperti kebudak-budakan.

 

Kadang-kadang bila dia tak dapat makanan yang diinginkan pun boleh menangis.

2. Muntah-muntah

Muntah-muntah

Situasi seperti ini jarang berlaku pada wanita yang datang haid. Selalunya yang mengalami simptom mual dan muntah-muntah ini orang mengandung.

 

Haa! Tapi bagi mereka yang mengalami keadaan macam ini semasa datang haid itu dikira normal.

3. Kerap Makan & Cepat Lapar

Kerap Makan & Cepat Lapar

Salah satu faktor wanita cepat naik berat badan, baru saja makan 5 minit yang lepas dah rasa lapar semula.

 

Kalau nak tahu, semasa wanita datang haid, perubahan hormon akan berlaku dijana hormon progesterone banyak dihasilkan yang menyebabkan wanita-wanita ini sentiasa bernafsu. Lagi-lagi bila bercakap tentang makanan. Memang paling laju sekali.

 

Agak-agak antara semua ini ada tak yang kena mengena dengan Maduners? Walau macam mana pun Madu nasihatkan kepada semua wanita di luar sana untuk cuba kawal emosi dengan sebaik mungkin!

Post a Comment