Jual Sampah Dapat Duit Percuma? Korang Wajib Ada Aplikasi Trash4Cash!
Daripada biar rumah bersepah dengan barang yang boleh kitar semula, baik korang susun dan jual semula untuk dapatkan duit! Kalau simpan jerr penuh bersepah rumah!
Sumber Gambar: Facebook.com
Baru-baru ini viral di media sosial seorang gadis ajar orang ramai untuk jangan simpan sampah yang boleh dikitar semula tetapi sebaliknya jual untuk dapatkan duit dengan menggunakan aplikasi Trash4Cash!
Done keep your trash.
Turn all trash for cash.Thank you Trash4Ca$h for today. Second time dah panggil depa mai kutip trash yang boleh recycle. pic.twitter.com/Tx8cZuDTo3
โ Neyra Shazeyra ๐ฒ๐พ (@neyrashazeyra) February 3, 2021
Neyra Shazeyra menggunakan akaun Twitternya untuk memberitahu netizen tentang bagaimana dia menjana pendapatan dengan mengitar semula sampah yang tidak diperlukan di rumah dan gunakan aplikasi Trash4Cash.
Betul! Maduners dengar dengan baik! Gunakan aplikasi Trash4Cash dah boleh kitar semula barang dan dapat duit sampingan.
Neyra menjelaskan cara memakai aplikasi Trash4Cash dalam untaiannya di Twitter. Menerusi aplikasi Trash4Cash, anda boleh meminta untuk mereka datang kutip barangan kitar semula di rumah dan duit tersebut akan di masukkan ke dalam akaun bank anda secara โonlineโ.
Selepas korang membuat permintaan untuk kutipan di rumah korang, Trash4Cash akan menghantar wakil mereka untuk datang kutip barangan tersebut di rumah korang, sesiap timbang sekali depan mata untuk kira berat barang korang!
As you guys see, DONT MIX your papers! Trash4Cash bgtau asingkan black & white papers sebab yang tu lagi value more than colorful printed papers .
15 sen and 35 sen jauh beza jugak la hahahaha. pic.twitter.com/KvHkhXtK4u
โ Neyra Shazeyra ๐ฒ๐พ (@neyrashazeyra) February 3, 2021
Neyra juga berkongsi tips yang menarik iaitu dinasihatkan untuk mengasing kertas berwarna hitam dan putih kerana nilainya lebih tinggi daripada kertas yang telah dicampur atau kertas berwarna!
Sebenarnya banyak lagi perkhidmatan yang disediakan oleh Trash4Cash dan perhidmatan ini baru ada di beberapa buah negeri sahaja, Maduners boleh semak di laman sesawang Trash4Cash untuk maklumat lanjut dan terkini daripada mereka!