Jururawat Cerita Kisah Seram Di Bilik Bersalin, Cuci Uri Bayi Tiba-Tiba Dengar Bunyi ‘Benda’ Mengunyah – Manis Madu
Jururawat Cerita Kisah Seram Di Bilik B

Jururawat Cerita Kisah Seram Di Bilik Bersalin, Cuci Uri Bayi Tiba-Tiba Dengar Bunyi ‘Benda’ Mengunyah

Bekerja dalam sektor perubatan memang mencabar. Bukan sahaja mereka perlu berhadapan dengan situasi-situasi genting ketika menyelamatkan pesakit tetapi mereka juga tidak lari daripada melalui pelbagai kejadian mistik.

 

Melalui satu hantaran yang dibuat oleh seorang doktor dikenali sebagai Dr Ahmad Samhan di laman Facebook, dia berkongsi satu kejadian mistik yang berlaku kepadanya ketika bertugas di dewan bersalin.

Capture (2)
Capture 2 (1)

Sepanjang bertugas, Dr Samhan mendedahkan keadaan di dalam dewan bersalin biasanya sentiasa penuh pada setiap masa. Namun yang peliknya, ada sebuah bilik yang langsung tidak pernah digunakan kerana dianggap ‘keras’ oleh petugas pusat rawatan di sana.

 

Difahamkan, kebanyakan petugas di situ tidak berani menggunakan bilik ‘keras’ tersebut kerana tidak mahu cari pasal. 

 

Namun, pada satu malam doktor berkenaan terpaksa menggunakan komputer yang terdapat di bilik tersebut kerana bilik-bilik lain sudah digunakan semua. Meskipun tiada apa yang berlaku, beliau merasa diperhatikan dan seram sejuk ketika menaip di bilik tersebut.

 

Tanpa mahu berfikir bukan-bukan, beliau beredar dari bilik itu selepas urusannya selesai dan bertanya kepada salah seorang jururawat tentang peristiwa apa yang pernah berlaku di tempat tersebut.

 

Jururawat tersebut menceritakan pengalaman yang pernah dilalui ketika bertugas di bilik berkenaan. Memang meremang!

Post a Comment