Kahwin Memang Kahwin, Tapi Assignment Tetap Kena Hantar!
Hari perkahwinan merupakan detik paling berharga dan dinanti-nantikan oleh setiap pasangan. Berdebar tak payah cakap lah, jantung macam nak meletup!
Namun, lain pula dengan situasi pengantin perempuan ini apabila dia perlu menyiapkan assignmentnya di hari pernikahannya.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @fafffff3, kelihatan pengantin itu sedang berada di dalam biliknya sambil fokus menaip sesuatu di laptop.
@fafffff3Sebaik groupmate memahami, bagi keja senang ja πβ¬ space song – π‘πππ‘πππ πππ€ππππ¦
Rupa-rupanya, dia yang akan bernikah pada hari tersebut perlu menghantar assignmentnya pada masa yang sama atas permintaan pensyarah.
Dia yang dilihat sudah lengkap berpakaian serba putih dilihat hanya tergelak kecil semasa kawannya merakam dirinya.
βNasib baik groupmate memahami, bagi kerja senang ja,β katanya.
Berikutan tularnya hantaran tersebut, kini video itu telah mendapat 675.5k tontonan, 54.3K tanda suka serta 930 perkongsian di TikTok dan rata-rata netizen turut memuji pengantin itu yang masih gigih memikirkan assignment di hari bahagianya.