Inisiatif ‘Accelerate Women Entrepreneurship With Exabytes 2022’, Bantu Rancakkan Dunia Keusahawanan Wanita – Manis Madu
Inisiatif ‘Accelerate Women Entrepreneurship With Exabytes 2022’, Bantu Rancakkan Dunia Keusahawanan Wanita

Inisiatif ‘Accelerate Women Entrepreneurship With Exabytes 2022’, Bantu Rancakkan Dunia Keusahawanan Wanita

Penyedia perkhidmatan lengkap Teknologi Digital, e-Dagang dan Perniagaan Berasaskan Awam terkemuka di Asia Tenggara, Exabytes kali ini meneruskan usaha dalam meluaskan peluang perniagaan kepada golongan wanita menerusi pelancaran inisiatif Accelerate Women Entrepreneurship with Exabytes 2022 sempena Hari Wanita Sedunia 2022.

entre 1 (1)

ntuk pengetahuan Maduners, inisiatif ini turut mendapat sokongan Exco Pembangunan Sosial dan Hal Ehwal Bukan Islam Pulau Pinang, YB Chong Eng yang turut hadir pada siding media secara maya.

 

Berbekalkan pengalaman dalam membantu lebih daripada 160,000 perniagaan berkembang dalam talian selama 21 tahun, Exabytes akan meneruskan misi mereka dengan membekalkan teknologi dan alat-alat perniagaan digital kepada lebih kurang 200 usahawan wanita dari Malaysia dan Singapura.

 

Difahamkan, Exabytes akan menaja sejumlah RM400,000 atau $400,000 dalam bentuk produk dan perkhidmatan untuk inisiatif ini di kedua-dua buah negara.

 

Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Kumpulan Syarikat Exabytes, Chan Kee Siak optimis bahawa inisiatif ini akan memperkasa dan memberi impak kepada lebih ramai usahawan wanita dalam perjalanan mereka untuk membangunkan perniagaan dalam talian.

 

“Selari dengan tema Hari Wanita Sedunia tahun ini iaitu #BreakTheBias dalam memupuk persekitaran yang mengangkat kepelbagaian dan keterlibatan wanita dalam tenaga buruh, inisiatif ini bermatlamat untuk mempromosikan kesaksamaan taraf antara lelaki dan wanita dalam dunia keusahawanan,” katanya.

entre 3 (1)

Berbeza dengan inisiatif terdahulu, kali ini usahawan yang terlibat akan berpeluang untuk membina sendiri laman web mereka menerusi sebuah bengkel dengan dua modul yang diadakan secara percuma.

entre 2 (1)

Bengkel “Bagaimana Cara Membina Sebuah Laman Web dalam Masa Dua Hari” dengan kerjasama PolarisHub merupakan antara latihan yang akan dibekalkan sepanjang tempoh inisiatif tersebut.

 

Accelerate Women Entrepreneurship with Exabytes akan berlangsung sepanjang Februari hingga Jun 2022 dan terbuka kepada semua wanita di Malaysia dan Singapura. 

 

Maklumat lanjut berkaitan program, syarat-syarat penyertaan atau pendaftaran, boleh didapati di laman web

Post a Comment