Kaitkan Agama Dengan Hobi Menari Ketika Temu Bual BBC, Gadis Teruk Dikecam!
Kecoh di media sosial apabila satu rakaman temu bual gadis bernama Sabrina yang dikenali oleh pengguna TikTok dengan cover dance kumpulan K-Pop bersama BBC mengenai hobinya yang sering dikecam warganet.
“I like my hijab and I like dancing.”
How this young K-pop dancer from Malaysia deals with hate comments
More on how K-pop conquered the world https://t.co/qR2LK84ua3 pic.twitter.com/topbD7Ujo8
— BBC World Service (@bbcworldservice) May 10, 2022
Menerusi temu bual berkenaan, Sabrina mendedahkan meskipun dirinya berhijab, perkara itu bukanlah satu penghalang untuknya meneruskan hobi menarinya dan berkongsi kepada umum.
Walau bagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkan olehnya menerima reaksi yang berbeza daripada kebanyakan warganet yang menyifatkan dia tidak sepatutnya mengaitkan agama dengan hobinya itu.
You can do what you want but don’t drag your religion sekali. Be careful with your statement. https://t.co/Wea7TlkxxL pic.twitter.com/hp6kzEkXUJ
— Hakem (@emrhqm) May 11, 2022
Warganet juga berpendapat, menari dan hijab bukan satu cara untuk menunjukkan seseorang itu yakin dengan dirinya kerana di sisi agama, ‘bergelek’ seperti itu dilarang untuk dipertontonkan kepada umum.
Netizen rata-rata juga berkata, tiada masalah jika dia mahu meneruskan minatnya tetapi kata-kata yang dikeluarkan yang mengaitkan agama itu yang dirasakan tidak sepatutnya.
“I do like her, but… bahaya statement gini, apa yang haram tetap haram sis, jangan ikut kepala sendiri, tak kira la sekarang zaman dah maju ke apa, hukum takkan berubah,” komen seorang netizen.
“Slumber bawa agama untuk justify kelakuan sendiri. Takut makan tak habis,” tambah netizen lain.
@jpbrinx can u tell i was dancing in -10 degrees weather 🌚 #jenniesolotheshow #jenniesolodancebreakchallenge ♬ nhạc nền – All about K-DANCE