Maju Ke Depan! iOi Mall Putrajaya Dah Pakai Automated License Recognition Untuk Parking Kereta! – Manis Madu
Maju Ke Depan! iOi mall Putrajaya Dah Pakai Automated License Recognition Untuk Parking Kereta!

Maju Ke Depan! iOi Mall Putrajaya Dah Pakai Automated License Recognition Untuk Parking Kereta!

Maduners pernah bayangkan tak bila nak masuk parking (tempat letak kenderaan) dah tak perlu nak ambil tiket atau tap kad Touch ‘n Go? Dah tak perlu nak beratur panjang-panjang sebab nak bayar tiket parking!

 

Sekarang di Malaysia dan salah satu pusat beli belah di Malaysia iaitu iOi Mall Putrajaya dah guna Automated License Recognition untuk parking kereta. 

 

Tapi iOi Mall Putrajaya bukan pusat beli belah pertama guna sistem ini sebab dah ada banyak lokasi di Malaysia gunakan sistem ini seperti Sunway Pyramid, Sunway Hotels, The Pinnacle Sunway dan Menara Sunway!

Automated License Recognition (ALPR)

Automated License Plate Recognition (ALPR) atau Automated Number Plate Recognition (ANPR) merujuk kepada kamera keselamatan yang telah wujud sejak awal 1980-an untuk mengenal pasti kenderaan menggunakan plat lesen.

kereta

ALPR digunakan terutamanya di Amerika Utara, manakala ANPR digunakan di Eropah.

 

Dengan kemunculan dan kepesatan bangunnya penggunaan Internet di dunia penggunaan ​​kamera ALPR dah berkembang maju dan digunakan untuk pelbagai hal dijual untuk memenuhi keperluan pelanggan baharu dan unik.

 

Salah satu penggunaan Automated License Plate Recognition (ALPR) yang terkini di Malaysia adalah untuk bantu memudahkan rakyat Malaysia untuk parking kereta!

Cara Bayar!

Mesti anda tertanya-tanya, bila dah nak masuk parking dan kereta dikesan menggunakan Automated Number Plate Recognition (ANPR), macam mana pula nak bayarnya?

 

Ada 3 cara untuk korang bayar dan salah satu cara tersebut bayar secara manual yang menyusahkan kerana perlu beratur panjang-panjang di mesinnya! Jadi Syaz akan ajar cara mudah nak bayar dengan 2 cara yang ringkas korang wajib tahu!

Touch ‘n Go e-wallet

Untuk Touch ‘n Go ini nak masuk parking korang tak perlu tap sebab dah detect kereta guna sistem tapi bila nak Automated License Plate Recognition (ALPR), tapi bila nak keluar masih perlu tap sebab nak tolak duit dari e-wallet sebagai pembayaran.

 

Tapi lebih mudahkan sebab hanya perlu tap kad anda sekali sahaja masa nak keluar dari parking!

 

Pastikan dalam e-wallet anda ada baki yang mencukupi untuk sistem tolak duit dari akaun, kalau tak nanti dah menyusahkan kereta belakang kena tukar lama untuk anda top-up akaun Touch ‘n Go. Dia akan tolak terus dari akaun bila nak keluar parking!

Bayar Online!

Ini cara bayar parking kedua! Guna secara atas talian saja! Tak ramai yang tahu tentang cara ini. Boleh bayar pakai Boost, GrabPay & online banking, mudah sangat!

 

Caranya mudah, pertama sekali bila dah parking kereta, anda cari tiang-tiang parking & pintu-pintu banyak dilekatkan poster seperti dibawah ini.

parking

Scan kod QR tersebut, kemudian dia akan bawa anda ke laman sesawang dan anda perlu masukkan no.plat kereta anda. Kemudian ikut cara pembayaran seperti gambar dibawah!

ioi 1
ioi 2
ioi 3
ioi 4

Selepas dah buat pembayaran, Maduners akan dapat resit pembuktian melakukan pembayaran seperti gambar dibawah! Mudahkan?

resit 1

Tip! Bila nak buat bayaran boleh guna aplikasi Grabpay atau Boost sebab boleh kumpul point! 

 

Mudahkan dengan teknologi zaman sekarang, yang penting jangan lupa bayar parking pula, nanti jadi beratur panjang kereta, dah menyusahkan orang lain!

Post a Comment