Kalah Duit KWSP! Neelofa & Haris Kongsi Jumlah Duit Raya Bilal Cecah RM14,000 – Manis Madu
Kalah Duit KWSP! Neelofa & Haris Kongsi Jumlah Duit Raya Bilal Cecah RM14,000

Kalah Duit KWSP! Neelofa & Haris Kongsi Jumlah Duit Raya Bilal Cecah RM14,000

Aktiviti paling seronok selepas beraya atau musim raya adalah kira duit raya! Keluarkan duit raya dari sampul satu persatu dan ‘lawan’ sesama adik beradik lain memang menyeronokkan.

 

Begitu juga seperti yang dikongsi pasangan selebriti Neelofa dan PU Riz atau Haris Ismail ketika mereka sama-sama mengira duit raya yang diterima anak mereka, Muhammad Bilal sempena hari raya baru-baru ini.

Difahamkan jumlah keseluruhan ‘kutipan’ duit raya yang diperoleh Bilal daripada ahli keluarga dan kenalan kira-kira RM14,020! Rezeki sungguh!

 

Dalam video berkenaan juga, PU Riz turut mengucapkan terima kasih buat mereka yang bermurah hati memberikan duit raya kepada putera kecil mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

“Alhamdulillah, jazakallahukhair pada semua yang memberi duit raya pada Muhammad Bilal. Sampai ada juga beri 1000 Dirham. Jadi, Bilal punya duit raya tahun ini, hasil kutipan RM14,020. Masya-Allah, hebat daripada kita lagi,” katanya.

 

Sebagai info tambahan, sehingga kini Neelofa masih belum mendedahkan wajah anaknya yang sudah memasuki 3 bulan.

Post a Comment