Wanita Cemas Temui Lelaki Misteri Menyorok Dalam Almari Pakaian Bilik Hotel! – Manis Madu
Wanita Cemas Temui Lelaki Misteri Menyorok Dalam Almari Pakaian Bilik Hotel!

Wanita Cemas Temui Lelaki Misteri Menyorok Dalam Almari Pakaian Bilik Hotel!

Isu keselamatan ketika menginap di hotel atau tempat penginapan sudah lama diperingatkan. Periksa segenap penjuru bilik untuk memastikan tiada peranti mencurigakan antara perkara yang kerap kali diingatkan di mana-mana.

 

Baru-baru ini tular di laman TikTok situasi seorang wanita yang menginap di sebuah hotel terletak di Kota Bharu, Kelantan berdepan detik cemas apabila mendapati dalam bilik hotelnya terdapat seorang lelaki yang bersembunyi di dalam almari baju!

Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat wanita berkenaan dan keluarganya begitu terkejut ketika mengetahui terdapat seorang lelaki tidak dikenali menyorok dalam almari pakaian dalam bilik mereka.

 

Namun, tindakan lelaki tersebut yang difahamkan sempat berlakon dalam keadaan tenang seolah-olah tidak melakukan sebarang kesilapan.

 

Menurut sumber lain, lelaki itu sudah berjaya diberkas pihak polis dan siasatan lanjut diambil. Wanita berkenaan berkata, si pelaku dikatakan berjaya masuk ke bilik mereka menggunakan master card dan telah ditipu mengenai urusan langganan perempuan.

 

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ujian saringan air kencing mendapati lelaki berkenaan positif barang terlarang jenis methamphetamine. Selain itu, dia turut mempunyai 3 rekod jenayah lampau membabitkan kesalahan yang sama.

 

Hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati terdapat 3 orang lain yang terlibat, namun masih belum diberkas.

Post a Comment