‘Kalah Siti & Dayang’ B40 Merungut Tiket Konsert Aina Abdul Mahal Tapi Banyak Dah Sold Out – Manis Madu
‘Kalah Siti & Dayang’ B40 Merungut Tiket Konsert Aina Abdul Mahal Ta

‘Kalah Siti & Dayang’ B40 Merungut Tiket Konsert Aina Abdul Mahal Tapi Banyak Dah Sold Out

Setelah sekian lama menanti, peminat penyanyi bersuara lunak, Aina Abdul akhirnya berpeluang untuk menyaksikan konsert A Night With Aina Abdul 2.0 yang akan berlangsung di Istana Budaya pada 25 dan 26 Jun depan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Difahamkan, konsert berkenaan dianjurkan selepas melihat sambutan terhadap A Night With Aina Abdul 1.0 yang berlangsung di Menara Ken TTDI, Petaling Jaya, tahun lalu.

 

Malah, skala konsert kali ini dikatakan jauh lebih besar daripada sebelumnya.

 

Namun, sejak hari ini kecoh rungutan beberapa peminat yang mendakwa harga tiket konsert A Night With Aina Abdul 2.0 agak mahal.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Ada di antara mereka beranggapan dengan harga sedemikian rupa, ramai peminat khususnya golongan B40 tidak mampu menyaksikan konsert mega berkenaan.

Malah, ada yang membandingkan harga tiket itu dengan konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Misha Omar dan juga Ella.

 

Untuk pengetahuan korang, menerusi laman web jualan tiket itu, harga ditawarkan serendah RM113.36 (Reminiscing Blue Zone) hingga RM1246.96 (Sumpah Gold Seat).

 

Meskipun begitu, beberapa tiket dengan harga tertentu sudah pun habis dijual.

Post a Comment